EKONOMI Singapura menguncup 6.5 peratus pada separuh pertama tahun ini, lebih rendah daripada dibimbangkan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Republik itu sudah menyemak semula unjuran pertumbuhannya bagi tahun ini antara negatif 4.0 peratus dan negatif 6.0 peratus, kata Lee dalam perutusan Hari Kebangsaan menerusi televisyen malam kelmarin.
Awal tahun ini, negara itu mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK)nya bagi 2009 menyusut enam hingga sembilan peratus. Lee berkata, Singapura mengharungi tahun yang amat mencabar tahun ini apabila ekonominya dilanda krisis ekonomi global paling teruk dalam sejarah, dengan eksport turun satu pertiga dan sektor pembuatan turun dengan ketara.
Beliau bagaimanapun berkata, ekonominya melantun kukuh pada suku kedua selepas ia mengambil beberapa pendekatan bagi menampan impak krisis itu. Republik itu kini dalam kedudukan yang lebih kukuh apabila kedudukan ekonomi dunia kini semakin stabil.
"Namun, ia terlalu awal untuk meraikannya,” kata Lee yang menambah, unjuran masih kelam memandangkan ekonomi maju tidak dijangka melantun balik dengan cepat dan eksport negara itu sendiri masih rendah berbanding tahun lalu. Lee mengingatkan bahawa bandar raya itu mungkin mengharungi satu lagi gelombang pemberhentian pekerja lewat tahun ini. - Bernama
August 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com