March 2, 2010

Ringgit kekal kukuh

KUALA LUMPUR 1 Mac - Ringgit kekal kukuh semasa ditutup hari ini berikutan dolar AS yang semakin lemah, kata seorang peniaga.

Pada penutup ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS pada paras 3.3855/3885 berbanding dengan 3.4045/4075 semasa penutup Khamis lepas.

Katanya para pedagang membeli balik mata wang yang lebih berisiko selepas beralih kepada dolar AS sebelum ini, berikutan satu laporan baru-baru ini yang menyatakan Eropah akan memberikan sokongan kewangan kepada Greece.

Semasa ditutup. kebanyakan dagangan ringgit dicatatkan lebih tinggi berbanding dengan mata wang asing utama yang lain.Ia lebih kukuh berbanding dengan dolar Singapura di paras 2.4091/4133 daripada 2.4132/4174 pada Khamis lepas dan meningkat berbanding dengan yen pada paras 3.7903/7941 daripada paras 3.8048/8102.

Ringgit juga meningkat berbanding dengan pound British pada paras 5.1284/1336 daripada paras 5.2126/2182 pada Khamis lepas tetapi lebih rendah berbanding dengan euro pada paras 4.6138/6182 daripada paras 4.5916/5981 sebelum ini.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers