March 11, 2010

FBM KLCI paras tertinggi dua tahun

KUALA LUMPUR 10 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan FBM KLCI mencecah paras tinggi dalam masa dua tahun, dirangsang oleh sentimen pasaran yang positif, meningkatkan keyakinan pelabur, kata para peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 10.28 mata lebih tinggi pada 1,328.22, tertinggi sejak Mac 2008, setelah naik 0.9 mata semasa dibuka pada at 1,318.84.

Indeks mencecah paras tertinggi harian kepada 1,330.28. Pada Isnin, indeks mencecah 1,324.22, naik 24.44 mata.

Seorang peniaga berkata kenaikan indeks penanda aras disebabkan oleh saham perladangan seperti Sime Darby, KL Kepong, IOI Corp dan Batu Kawan dengan jangkaan industri minyak sawit kekal kukuh.

Indeks Kewangan melonjak 64.37 mata kepada 11,854.58, Indeks Perusahaan menokok 28.04 mata kepada 2,663.88 dan Indeks Perladangan menambah 119.35 mata kepada 6,520.24.

Indeks Emas FBM Emas naik 60.71 mata kepada 8,911.34, FBM70 menokok 30.80 mata kepada 8,674.31 dan Indeks FBM Ace susut 15.05 mata kepada 4,262.26.

Saham untung mengatasi rugi pada 451 berbanding 292 manakala 270 kaunter tidak berubah, 330 tidak didagangkan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada 934.478 juta saham bernilai RM1.619 bilion daripada pada Selasa yang berjumlah 797.812 juta saham bernilai RM1.453 bilion.

Di Pasaran Utama, perolehan meningkat kepada 746.690 juta saham bernilai RM1.563 bilion daripada 669.064 juta saham bernilai RM1.421 bilion semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok 79.985 juta saham bernilai RM11.721 juta daripada 39.585 juta saham bernilai RM7.620 juta pada Selasa.

Waran, bagaimanapun susut kepada 50.027 juta unit bernilai RM8.913 juta daripada 69.986 juta unit bernilai RM13.353 juta semalam.

Barangan pengguna menguasai 56.692 juta saham yang didagangkan Pasaran Utama, barangan perusahaan 179.415 juta, pembinaan 44.308 juta, dagangan dan perkhidmatan 226.303 juta, teknologi 41.857 juta, infrastruktur 10.276 juta, kewangan 60.216 juta, hotel 7.632 juta, hartanah 59.352 juta, perladangan 58.363 juta, perlombongan sifar, REIT 2.191 juta dan dana tertutup 85,800.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers