March 23, 2010

Agihan pendapatan ASM 6.3 sen seunit

ASNB bayar RM654.06j kepada 552,000 pelabur

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.3 sen seunit bagi skim Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ia membabitkan pembayaran berjumlah RM654.06 juta, meningkat 60.5 peratus berbanding RM407.58 juta yang dibayar tahun kewangannya yang lalu.
Katanya, persekitaran pelaburan dan pasaran saham tempatan lebih meyakinkan berikutan pemulihan ekonomi dan pasaran saham global menyumbang kepada agihan pendapatan lebih baik itu.
"Dana ekuiti pendapatan berharga tetap yang dilancarkan pada 20 April 2000 itu menarik lebih 149,000 pelabur baru”

Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pengerusi PNB Hingga 19 Mac lalu, sebanyak 11.2 bilion unit ASM sudah dilanggan, naik 55.3 peratus berbanding 7.21 bilion unit yang dicatat dalam tempoh sama pada 2009.

Setakat ini, dana ekuiti pendapatan berharga tetap yang dilancarkan pada 20 April 2000 itu menarik lebih 149,000 pelabur baru, menjadikan jumlah pelaburnya 552,000, katanya pada pengumuman agihan ASM, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Bagi tahun kewangan lalu, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.25 sen seunit bagi skim saham manah berkenaan.
Ahmad Sarji berkata, hingga 19 Mac lalu, dana ASM memperoleh pendapatan kasar RM800.83 juta dan daripada jumlah itu keuntungan penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM429.83 juta atau 53.7 peratus.

Katanya, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat pula menyumbang RM259.69 juta (32.4 peratus) dan baki RM111.31 juta (13.9 peratus) diperoleh daripada pendapatan pelaburan instrumen jangka pendek.

Beliau berkata, bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan itu, semua urus niaga bagi ASM di pejabat dan ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 24 hingga 31 Mac ini.

Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata agihan pendapatan ASM sebanyak 6.3 sen seunit itu adalah wajar jika dibandingkan dengan dengan profil risiko pelaburan tabung berkenaan sepanjang tempoh pelaburannya.

Keseluruhannya, berdasarkan prestasi pelaburan dana ASM, agihan pendapatan yang boleh dibayar ialah 7.4 sen seunit, namun kami hanya membayar 6.3 sen seunit kepada pelabur dan bakinya dibawa ke depan untuk agihan tahun akan datang, katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers