March 20, 2010

SC tumpu kukuhkan tadbir urus korporat tahun ini

KUALA LUMPUR 19 Mac - Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan meneruskan inisiatif untuk mengukuhkan tadbir korporat pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada pasaran dan aktiviti ekonomi.

Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar berkata, kunci utama dalam menambah baik tadbir urus korporat adalah dengan mempunyai Lembaga Pengarah yang efektif.

''Fokus SC pada tahun ini adalah meningkatkan kualiti Lembaga Pengarah terutama bagi syarikat senaraian awam (PLC) dengan berbincang mengenai masalah tadbir urus korporat.

''SC dan Bursa Malaysia serta mereka yang berminat untuk menyertai perbincangan lebih mendalam untuk mendapat maklumat bagi mengenalpasti penambahbaikan terhadap kualiti, dinamik dan keberkesanan Lembaga Pengarah serta tadbir urus yang diambil oleh pengurusan kanan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Tahunan SC 2009 di sini hari ini.

Zarinah berkata, SC juga ingin menyaksikan Lembaga Pengarah PLC Malaysia menjadi model di dalam komuniti telus dengan keputusan serta pergerakan syarikat dipantau oleh pemegang saham.

''Manfaat daripada reputasi baik akan menjurus kepada pulangan sihat kepada pemilik syarikat, pemegang saham dan juga masyarakat secara keseluruhannya.

''Visi tersebut hanya akan dapat dicapai melalui pemilihan individu berkaliber tinggi dan berpengalaman yang dapat memberikan komitmen tinggi kepada Lembaga Pengarah,'' katanya.

SC baru-baru ini, telah melengkapkan penilaian terhadap PLC untuk mengenalpasti bagaimana Lembaga Pengarah boleh mengukuhkan keberkesanan tadbir urus korporatnya.

Selain itu, SC juga akan meneruskan inisiatif untuk mengukuhkan perlindungan terhadap pelabur terutama kepada pelanggan yang bermasalah mengakses prestasi dan risiko produk, kesesuaian produk serta ketelusan kos.

''Oleh itu, SC akan menilai cara jualan produk bagi menangani masalah kesalahan jualan produk serta menilai semula definisi pelabur sofistikated.

''SC juga akan mengeluarkan cadangan khidmat nasihat untuk mendapat maklum balas terhadap cadangan mengetatkan syarat iklan, pemasaran dan promosi dan sebagainya,'' katanya

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers