March 5, 2010

Ulasan Pasaran: Indeks utama kekal negatif

HARGA saham di Bursa Malaysia kebanyakannya ditutup rendah semalam, dengan indeks utama kekal negatif dengan kerugian pada kaunter berwajaran tinggi utama, kata peniaga.

Mereka berkata, pelabur berhati-hati berikutan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetori Bank Negara Malaysia petang semalam, yang dijangka memberi petunjuk kepada aliran masa depan kadar faedah di Malaysia.

Bagaimanapun, saham di kaunter perladangan seperti Chin Teck Plantations, BLD Plantation dan IOI Corporation adalah sebaliknya.




Penanda aras Indeks Komposit FTSE Kuala Lumpur Bursa Malaysia(FBM KLCI) menyusut 2.01 mata kepada 1,284.09 selepas dibuka 0.59 mata lebih tinggi pada 1,286.69.

Indeks Kewangan menyusut 6.21 mata kepada 11,325.44, Indeks Perusahaan jatuh 4.61 mata kepada 2,590.94 dan Indeks Perladangan naik 3.44 mata kepada 6,375.93.

Indeks FBM Emas bagaimanapun, susut 9.351 mata kepada 8,641.39 dan FBM70 merosot 1.75 mata kepada 8,499.6 manakala Indeks FBM Ace naik 24.31 mata kepada 4,263.72.

Kaunter untung mengatasi rugi pada 385 berbanding 281 sementara 282 kaunter tidak berubah, 388 tidak didagangkan sementara 26 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot pada 726.7 juta saham bernilai RM1.26 bilion daripada 863.7 juta saham bernilai RM1.5 bilion kelmarin.

Di kalangan kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby susut dua sen kepada RM8.53, Maybank naik tiga sen kepada RM7.01, CIMB Group Holdings jatuh dua sen menjadi RM13.58 dan Maxis susut dua sen kepada RM5.43.

Di kalangan saham aktif, Oilcorp susut 1.5 sen kepada empat sen, Malaysian Resources Corp naik satu sen kepada RM1.48, Axiata meningkat satu sen kepada RM3.86 dan KNM Group naik satu sen kepada 80 sen.

Kaunter perladangan, Chin Teck Plantations naik 19 sen kepada RM7.59, BLD Plantations meningkat empat sen kepada RM3.82 dan IOI Corporation naik dua sen kepada RM5.44.

Jumlah dagangan pada Pasaran Utama susut kepada 654.41 juta saham bernilai RM1.256 bilion daripada 777.56 juta saham bernilai RM1.492 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan pasaran Ace turun kepada 44.055 juta saham bernilai RM6.54 juta daripada 51.345 juta unit bernilai RM10.567 juta.

Waran meningkat kepada 25.44 juta unit bernilai RM3.07 juta daripada 24.543 juta unit bernilai RM3.883 juta sebelumnya.

Barangan pengguna mewakili 30.16 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, barangan industri 101.05 juta, pembinaan 39.5 juta, dagangan dan perkhidmatan 306.09 juta, teknologi 19.1 juta, prasarana 15.3 juta, kewangan 79.4 juta, perhotelan 7.07 juta, harta 39.94 juta, perladangan 15.2 juta, perlombongan 20,600, REIT 1.2 juta dan dana tertutup 65,100. - Bernama


Optimize business productivity with Microsoft IT solutions

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers