March 12, 2010

Ekuinas umum pelaburan kedua suku ketiga 2010

Sasar empat pelaburan RM250j hingga RM350j tahun ini

EKUITI Nasional Bhd (Ekuinas) akan mengumumkan pelaburan keduanya, iaitu dalam sebuah syarikat Bumiputera yang berpotensi besar selewat-lewatnya pada suku ketiga ini sejajar sasarannya membuat empat pelaburan bernilai antara RM250 juta hingga RM350 juta tahun ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata umumnya, Ekuinas menumpukan kepada empat jenis pelaburan iaitu dalam syarikat Bumiputera yang memiliki pertumbuhan tinggi, pengambilalihan aset bukan teras syarikat besar termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat Malaysia berpotensi lain yang tidak semestinya milik Bumiputera.
“Ekuinas sudah pun membuat pelaburan sulung sebanyak RM40 juta dalam syarikat penjagaan peribadi dan kecantikan utama tempatan, Alliance Cosmetic Group (ACG) pada Februari lalu iaitu dalam kategori syarikat Malaysia yang berpotensi. “Kami menyasar mengumumkan tiga lagi pelaburan bagi tahun ini. Satu daripadanya ialah dalam syarikat Bumiputera yang dijangka diumumkan menjelang pertengahan suku ketiga, manakala satu lagi dalam syarikat bukan teras GLC atau syarikat besar dan satu lagi dalam salah satu daripada tiga kategori tadi,” katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, semalam.

Abdul Rahman berkata, sejak Ekuinas ditubuhkan pada September tahun lalu, ia menerima hampir 100 kertas cadangan pelaburan daripada syarikat tempatan.

“Kertas cadangan itu dihantar oleh syarikat yang berminat serta daripada syarikat yang kami kenal pasti berpotensi yang mana 50 peratus adalah syarikat Bumiputera dan 50 peratus lagi syarikat bukan Bumiputera.

“Kami sedang meneliti dan mengkaji secara terperinci potensi pelaburan dalam syarikat berkenaan,” katanya.
"Ekuinas sudah pun membuat pelaburan sulung RM40 juta dalam syarikat penjagaan peribadi dan kecantikan utama tempatan, Alliance Cosmetic Group pada Februari lalu"

Abdul Rahman Ahmad
Ketua Eksekutif Ekuinas
Abdul Rahman menjelaskan, wujud salah tanggapan sesetengah pihak bahawa Ekuinas hanya melabur dalam syarikat milik Bumiputera.

“Kami boleh membeli mana-mana syarikat Malaysia berpotensi besar termasuk dimiliki bukan Bumiputera supaya dapat diwujudkan perkongsian tulen antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Ekuinas adalah anak syarikat milik penuh Yayasan Ekuiti Nasional, tabung amanah yang ditubuhkan untuk kepentingan Bumiputera, justeru, sebarang pelaburan dianggap sebagai ekuiti korporat Bumiputera dan secara tidak langsung meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam perniagaan,” katanya.

Beliau juga menegaskan, peranan Ekuinas adalah membantu pembentukan syarikat terkemuka baru di Malaysia, sekali gus merangsang ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan, pengurusan dan pembangunan rantaian bekalan kepada Bumiputera.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers