March 20, 2010

Jumlah penyenaraian baru Bursa dijangka melonjak

Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my
2010/03/20


Zarinah AnwarProspek perniagaan lebih baik susulan pemulihan ekonomi

BILANGAN penyenaraian baru di Bursa Malaysia dijangkakan melonjak tahun ini didorong prospek perniagaan lebih baik susulan pemulihan ekonomi domestik dan global.

Prospek itu dicerminkan oleh jumlah permohonan bagi melaksanakan Terbitan Awam Permulaan (IPO) yang diterima Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mana hanya dalam tempoh kira-kira dua setengah yang bulan lalu, ia telah menerima 30 permohonan. Daripada jumlah itu lapan permohonan adalah daripada syarikat asing iaitu dari China yang tiga daripadanya sudah diluluskan, satu ditolak manakala empat yang lain sedang dalam pertimbangan. Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar, berkata selain pemulihan ekonomi, faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan itu adalah kesan daripada beberapa langkah yang dilaksanakan pihak berkuasa berkaitan pasaran modal tempatan.

“Peningkatan kecekapan pentadbiran, pengurusan kos serta penambahbaikan akses penjanaan modal menerusi ekuiti, telah menarik minat syarikat, termasuk dari luar negara untuk menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Laporan Tahunan SC 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Tahun lalu juga, kata Zarinah, struktur Bursa Malaysia telah dirombak yang antara lain menyaksikan penggabungan Papan Pertama dan Kedua menjadi Papan Utama dalam usaha meningkatkan reputasi syarikat yang disenaraikan di pasaran tempatan.

Mengenai tumpuan SC tahun ini, beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan mutu tadbir urus syarikat senaraian awam untuk menyediakan jaminan yang perlu bagi proses audit, kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan. "Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan itu adalah kesan daripada beberapa langkah yang dilaksanakan pihak berkuasa"

Zarinah Anwar
Pengerusi SC
Susulan itu katanya, sebuah lembaga pengawas yang dikenali sebagai Lembaga Pengawasan Audit (AOB) akan mula beroperasi mulai 1 April ini.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa pemandu pelaksanaan juga sudah dibentuk untuk merumus kriteria pendaftaran bagi juruaudit syarikat awam.

“Ia akan diikuti pula oleh pembangunan program pengawasan penyeliaan bagi pemeriksaan, pertanyaan, penguatkuasaan dan penetapan piawaian,” katanya.

Zarinah berkata, SC juga sedang bekerjasama dengan peserta industri untuk menubuhkan badan Resolusi Pertikaian Alternatif (ADR) pada Julai ini.

“ADR akan bertindak sebagai pengantara dan forum penyelesaian pertikaian bagi tuntutan kewangan kecil yang difailkan pelabur individu berkaitan dengan urusan mereka dalam sekuriti dan produk pasaran modal,” katanya.

Katanya, SC juga sedang membangunkan Pelan Induk Pasaran Modal Kedua (CMP 2) yang dijangkakan dilancarkan sebelum akhir tahun ini yang akan melakar strategi pembangunan seterusnya pasaran modal tempatan bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers