March 29, 2010

Bursa Malaysia meningkat kukuh

Saham pengeluar sarung tangan getah, teknologi terajui kaunter paling untung

HARGA saham di Bursa Malaysia meningkat kukuh minggu lalu berikutan aliran berita positif dengan saham pengeluar sarung tangan getah dan teknologi menerajui saham paling untung atas tinjauan ekonomi yang lebih baik dan optimis menjelang Invest Malaysia yang mana kerajaan akan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada persidangan itu.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak 18.54 mata atau 1.4 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,315.14, dengan CIMB menokok 56 sen, Sime Darby (+24 sen), Maybank (+18 sen) dan TM (+20 sen) mewakili hampir empat perlima daripada keuntungan indeks. Purata dagangan dan nilai dagangan harian meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh dua bulan iaitu 1.04 bilion saham bernilai RM1.6 bilion, berbanding 687.4 juta saham bernilai RM1.14 bilion, minggu sebelumnya.

Pasaran saham mendapat satu lagi jaminan tambahan minggu lalu apabila Bank Negara Malaysia menyatakan ekonomi Malaysia berada dalam landasan pertumbuhan kukuh dan dijangka berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini, yang mana ia adalah lebih tinggi daripada unjuran awal kerajaan sebelum ini.

Pertumbuhan itu akan dipacu faktor pemulihan yang kukuh dalam permintaan luaran dan domestik.

Pengeksport yang terbabit dalam sektor pembuatan seperti teknologi dan sarung tangan mendapat manfaat daripada perkembangan ini dan hasil daripada itu, harga saham mereka terus meningkat.
Manfaat terbaru yang diterima adalah apabila kerajaan Amerika Syarikat (AS) melakukan pembaharuan dalam sektor kesihatan di negara itu.

Data perdagangan Malaysia, laporan kajian ISM bagi sektor pembuatan di AS dan data tempahan kilang yang akan diumumkan minggu ini dijangka dapat mengekalkan minat pelabur di dalam sektor berorientasikan eksport.

Tawaran Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd bagi membeli aset air di Selangor pada harga RM10.8 bilion minggu lalu yang telah mengakhiri rundingan yang begitu lama dan seperti sudah hampir menemui jalan buntu adalah satu kejutan.

Sementara itu, persidangan Invest Malaysia yang begitu dinanti-nantikan sudah semakin dekat dan pasaran menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan satu pendekatan kukuh bagi memacu ekonomi Malaysia pada masa depan.

Persoalan besar sekarang adalah seberapa berani dan terperincinya pengumuman itu memandangkan adanya tekanan berterusan daripada pihak NGO.

Tanpa mengira apa yang akan diketahui kelak, FBM KLCI dijangka terus meningkat minggu ini berdasarkan pembaharuan yang telah beliau lakukan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Selain mengetengahkan sektor perkhidmatan untuk menjadi model pertumbuhan baru, pasaran juga menjangkakan Perdana Menteri akan membuat pengumuman berhubung perkara besar, seperti semakan semula tarif elektrik dan melonggarkan beberapa peraturan yang mengganggu pertumbuhan pasaran modal.

Untuk minggu ini, dijangkakan pengeluar sarung tangan getah seperti Adventa, Latexx dan Supermax terus meraih keuntungan di atas harapan pendapatan yang akan terus berkembang berikutan permintaan lebih tinggi daripada sektor kesihatan di AS.

Saham Kinsteel, UEM Land, Dialog, Kencana, SapuraCrest, RCE Capital, 3A Resources, Leader Universal dan Land & General dijangka meningkat lebih tinggi atas faktor permainan pasaran yang membabitkan perubahan tumpuan daripada satu sektor ke sektor lain.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers