March 17, 2010

Krisis tidak mungkin berlaku

KUALA LUMPUR 16 Mac - Krisis ekonomi mungkin tidak akan berlaku jika dunia mengaplikasikan sistem kewangan Islam dengan betul dan berlandaskan pematuhan syariah, kata Profesor Dr. Habib Ahmed.

Beliau yang merupakan pensyarah Kerusi Sharjah dalam Undang-undang Islam dan Kewangan Universiti Durham, United Kingdom berkata, ini kerana sistem kewangan Islam tidak menawarkan prinsip penipuan, perjudian, eksploitasi keperluan dan sorokan.

Katanya lagi, sistem kewangan itu juga menawarkan instrumen perkongsian risiko dan melakukan lebih pemantauan dalam pergerakan wang.

"Peraturan sistem kewangan Islam masa kini masih di peringkat permulaan dan sedang berkembang. Sekiranya ia digunakan di seluruh dunia sejak lama dahulu, krisis ekonomi mungkin tidak akan berlaku,'' katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja dalam forum sulung Suruhanjaya Sekuriti dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), United Kingdom di sini hari ini.

Forum itu dirasmikan oleh Duta Besar Kewangan kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Raja Dr. Nazrin Shah.

Turut hadir adalah Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar dan Pengarah OCIS, Dr. Farhan Nizami.

Forum itu berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan menawarkan pelbagai sesi perbincangan dengan ahli panel jemputan dan interaktif bersama peserta.

Dalam forum yang sama, bekas Pengarah Eksekutif International Monetary Fund (IMF), Dr. Abbas Mirakhor berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai komitmen untuk memperkenalkan sistem kewangan Islam.

Katanya, negara ini mempunyai peluang cerah untuk menjadi rujukan kepada sistem kewangan yang benar-benar melaksanakan sistem berlandaskan pematuhan syariah.

''Pelaksanaan sistem ini mungkin masih baru di negara ini tetapi ia boleh mengalami anjakan paradigma dengan menjadi sebagai sebuah sistem yang melaksanakan kewangan Islam yang sejati,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers