Tawaran dibuat selepas ekuiti dimiliki kini lebih 33 peratus
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat tawaran bersyarat bagi membeli baki saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) yang belum dimilikinya pada harga RM1.50 sesaham.
Tawaran itu dibuat susulan langkah agensi pengurusan dana persaraan itu melanggan saham terbitan hak yang dibuat MRCB yang menyaksikan pegangannya dalam syarikat hartanah, pembinaan dan prasarana itu meningkat kepada lebih 33 peratus.
RHB Investment Bank Bhd, yang mewakili MRCB dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, berkata syarikat hartanah, pembinaan serta prasarana itu menerima notis bagi tawaran itu semalam.
"Jumlah pegangan KWSP dalam MRCB kini melebihi had 33 peratus, susulan itu ia diwajibkan melaksanakan tawaran pengambilalihan bersyarat di bawah Kod Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia 1998, untuk membeli baki saham yang belum dimilikinya," kata kenyataan itu.
RHB Investment berkata, KWSP melanggan semua 171.47 juta saham baru yang diperuntukkan kepadanya di bawah program terbitan hak MRCB yang dibuat pada 19 November tahun lalu, justeru meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 33.78 peratus daripada 32 peratus.
Bagaimanapun, RHB Investment dalam kenyataan itu menegaskan, KWSP tidak bercadang menjadikan MRCB sebagai syarikat persendirian dan akan meninjau pelbagai pilihan bagi mengurangkan pegangannya jika selepas tawaran berkenaan jumlah pegangannya dalam syarikat itu melebihi 75 peratus.
Sementara itu, pegawai KWSP ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu, tetapi mengikut sumber industri, KWSP membuat tawaran itu hanya untuk memenuhi peraturan pasaran modal tempatan.
"KWSP telah menjadi pemegang saham utama MRCB sejak beberapa tahun lalu dan mereka yakin dengan perniagaan MRCB yang semakin berkembang.
"Susulan itu, ia melanggan saham terbitan hak yang diperuntukkan kepadanya bagi memastikan MRCB memperoleh modal tambahan bagi pengembangan operasi dan bukan bertujuan menjadikan ia syarikat persendirian," katanya.
Sumber itu berkata, KWSP berpendapat MRCB sebaiknya dikekalkan sebagai sebuah syarikat senaraian awam kerana kedudukannya yang semakin mantap dari segi pengurusan, perniagaan dan kewangannya.
Sumber industri itu berkata, terdapat peruntukan bagi KWSP mengenepikan pelaksanaan tawaran itu di bawah Kod Pengambilalihan dan Penggabungan itu dengan syarat ia tidak melaksanakan urus niaga saham MRCB sepanjang tempoh enam bulan terdahulu.
"Namun, KWSP mungkin tidak memenuhi kriteria itu kerana ia adalah pengurus dana bagi pencarum, maka ia terbabit dalam urus niaga saham setiap hari, justeru ia tidak boleh memohon untuk mengenepikan pelaksanaan tawaran itu," jelas beliau.
Berikutan itu, katanya KWSP melaksanakan GO yang memerlukan ia membeli saham MRCB sehingga pegangannya meningkat kepada lebih 50 peratus.
Saham MRCB ditutup pada harga RM1.47 sesaham semalam, meningkat enam sen daripada RM1.41 kelmarin.
March 4, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com