March 20, 2010

China antara negara sertai Auto Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Mac - China merupakan antara peserta pameran luar utama pada Auto Malaysia 2010, acara yang mempamerkan peralatan, alat ganti, komponen, aksesori, teknologi dan perkhidmatan berkaitan dengan industri automotif.

Negara luar yang turut mempamerkan produk mereka ialah Thailand, Poland dan Australia.

Sebanyak 70 peratus daripada lebih 100 peserta pameran pada acara itu ialah syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor aksesori dan komponen kenderaan.

"Acara dijangka menarik kira-kira 3,000 pelawat perdagangan dan profesional," kata Pengurus Besar Asif International (M) Sdn. Bhd., ST Koh.

Dianjurkan oleh Asif Group, pameran yang bermula hari ini sehingga 21 Mac ini, berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran MATRADE di sini.

Koh berkata, Auto Malaysia 2010 merupakan pameran perdagangan tahunan yang memberi tumpuan kepada peralatan automotif, produk dan perkhidmatan.

Beliau berkata, acara itu bertujuan menyediakan platform kepada pengeluar tempatan dan antarabangsa serta pembekal mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada bakal pembeli di Malaysia dan rantau ASEAN.

Koh berkata, satu bengkel dan seminar bertemakan, 'Kenderaan Gas Asli (NGV): Penjimatan Kos dan Meneroka Peluang', akan diadakan untuk orang ramai, pengusaha bengkel, mekanik dan vendor pengeluar kereta.

"Seminar mengenai NGV adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses pemasangan yang sewajarnya," jelas beliau.

- BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers