March 26, 2010

Ringgit ditutup lemah

KUALA LUMPUR 25 Mac - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika wujud kebimbangan berterusan mengenai masalah hutang di Eropah, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata peserta pasaran bimbang mengenai isu hutang dan menunggu perkembangan baharu.

Kenyataan Timbalan Gabenor Bank Negara China, Zhu Min yang menyebut krisis hutang Greece baru sahaja bermula, menimbulkan rasa cemas terhadap isu yang sudah berpenjangan itu yang terus meningkatkan lagi kebimbangan.

"Dengan penarafan kredit Portugal diturunkan dan ditambah krisis hutang Greece, sentimen pasaran kini tidak menentu," kata peniaga itu.

Pada penutup, mata wang tempatan disebut harga pada 3.3165/3195 berbanding dolar AS pada 3.3155/3185 semalam.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.3571/3616 daripada 2.3620/3646 semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6053/6101 berbanding 3.6442/6491 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding pound British kepada 4.9495/9553 daripada 4.9670/9721 pada Rabu dan mengukuh berbanding euro kepada 4.4212/4259 daripada 4.4388/4431 sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers