March 9, 2010

Dagangan Bursa Malaysia teguh

KUALA LUMPUR 8 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini dengan indeks penanda aras meneruskan momentum menaiknya didorong oleh sentimen pasaran yang positif, kata peniaga.

Indeks Komposit FTSE Kuala Lumpur Bursa Malaysia (FBM KLCI), yang dibuka 12.4 mata lebih tinggi pada 1,312.18, ditutup 24.44 mata lebih tinggi pada 1,324.22 selepas didagangkan pada tahap paling tinggi hari ini iaitu 1,325.69.

Kali terakhir FBM KLCI mencecah paras tertinggi 1,308.36 mata adalah pada 21 Jan.Seorang peniaga berkata peningkatan indeks itu didorong oleh saham perbankan, yang terus melonjak berikutan peningkatan pada kadar dasar semalaman (OPR) diiringi dengan kenaikan pada Wall Street Jumaat lepas.

Maybank meningkat 12 sen kepada RM7.52, Public Bank naik 62 sen kepada RM11.94, CIMB Group naik 40 sen kepada RM14.12 dan AMMB Holdings bertambah 15 sen kepada RM4.95.

Indeks Kewangan meningkat 314.149 mata kepada 11,668.01, Indeks Perusahaan meningkat 37.18 mata kepada 2,641.21 dan Indeks Perladangan naik 28.55 mata kepada 6,424.61.

Indeks FBM Emas naik 152.18 mata kepada 8,889.46, FBM70 melonjak 127.28 mata kepada 8,676.65 dan Indeks FBM Ace naik 12.18 mata kepada 4,311.22.

Kaunter untung mengatasi rugi 581 berbanding 193 sementara 257 kaunter tidak berubah, 306 tidak didagangkan dan 28 yang lain, digantung.

Jumlah dagangan dicatatkan pada 1.161 bilion saham bernilai RM2.259 bilion, berbanding 941.55 juta saham bernilai RM1.56 bilion Jumaat lepas.

Jumlah dagangan pada Pasaran Utama meningkat kepada 1.011 bilion saham, bernilai RM2.227 bilion, daripada 823.326 juta saham bernilai RM1.541 bilion, yang dicatatkan pada Jumaat.

Pasaran ACE meningkat kepada 77.037 juta saham, bernilai RM13.501 juta, daripada 61.418 juta saham, bernilai RM11.2 juta sebelum ini.Waran meningkat kepada 60.133 juta unit, bernilai RM9.910 juta, daripada 48.792 juta unit bernilai RM7.876 juta pada Jumaat.

Barangan pengguna menguasai 57.76 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, barangan industri 213.936 juta, pembinaan 55.08 juta, perdagangan dan perkhidmatan 329.289 juta, teknologi 65.678 juta, prasarana 21.761 juta, kewangan 150.024 juta, hotel 7.153 juta, harta 80.176 juta, perladangan 27.918 juta, perlombongan 52,000, REIT 2.243 juta dan dana tertutup - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers