KUALA LUMPUR 22 Mac - Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dengan masalah politik antara China dan AS terus meningkat mata wang itu berbanding yuan, kata peniaga.
Tekanan semakin memuncak di Amerika Syarikat bagi mengisytiharkan China sebagai manipulator mata wang serta mengenakan sekatan perdagangan, yang menurut Menteri Perdagangan China, Chen Deming, Beijing akan bertindak balas.
Pada 5 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 3.3170/3200 berbanding dolar daripada 3.3020/3050 pada penutupan Jumaat.
Seorang peniaga berkata kebimbangan di kalangan peserta pasaran melibatkan proses menyelamat Greece yang dibelenggu hutang, menyokong dolar untuk terus meningkat berbanding mata wang utama yang lain.Hari ini ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.3688/3734 daripada 2.3653/3697 Jumaat lepas serta yen Jepun pada 3.6636/6677 daripada 3.6486/6544 sebelumnya.
Ringgit juga susut berbanding euro pada 4.4922/4980 berbanding 4.4861/4905 Jumaat lepas namun mengukuh berbanding pound British kepada 4.9787/9857 daripada 4.9996/5.0051 sebelumnya.- Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com