March 12, 2010

Dagangan ringgit tinggi

KUALA LUMPUR 11 Mac - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini dengan jangkaan yang yuan China yang lebih kukuh mungkin boleh merangsangkan mata wang Asia, kata para peniaga.

Adalah dipercayai yang yuan China mungkin mengukuh berdasarkan kepada indek harga pengguna negara berkenaan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan, kata mereka.

Inflasi di China meningkat ke paras tinggi dalam tempoh 16 bulan pada bulan Februari 2010, sekali gus meletakkan tekanan ke atas yuan dan ini mungkin merancakkan mata wang serantau Asia yang lain, tambah mereka.

Ringgit disebut harga pada 3.3170/3210 berbanding dolar AS hari ini, mengekalkan paras tinggi 19 bulannya berbanding 3.3180/3230 semalam.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 2.3703/3755 daripada 2.3712/3782 semalam dan berbanding yen Jepun kepada 3.6656/6712 daripada 3.6781/6861 sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 4.9699/9778 daripada 4.9949/9019 semalam tetapi ia lemah berbanding euro kepada 4.5284/5355 daripada 4.5019/5096 sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers