March 20, 2010

Ulasan pasaran: Pasaran ditutup lebih rendah

2010/03/20
Pelabur di luar pasaran bimbang China naikkan nisbah rizab bank

HARGA saham ditutup rendah semalam berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 5.34 mata kepada 1,296.60 selepas dibuka 0.11 mata lebih rendah pada 1,301.83 pagi semalam. Seorang peniaga berkata pelabur enggan mengambil pegangan menjelang hujung minggu dan juga kebimbangan yang tercetus semula bahawa China mungkin mengetatkan lagi mudah tunai dengan menaikkan nisbah rizab bank. “Dagangan berhati-hati hari ini (semalam) dengan pasaran juga menjalani beberapa pembetulan berikutan kenaikan baru-baru ini,” jelas peniaga itu.

Peniaga itu berkata minat kukuh terhadap syarikat yang dikuasai hartawan Ananda Krishnan, yang dilihat sebagai sasaran seterusnya yang bakal dijadikan syarikat persendirian, membantu mengehadkan penurunan seterusnya dalam pasaran.

Tanjong plc meningkat 16 sen kepada RM17.96 manakala Measat naik 16 sen kepada RM2.76.

Pada penutup dagangan hari ini, Indeks Kewangan turun 57.10 mata kepada 11,497.73, Indeks Perladangan susut 36.98 mata kepada 6,353.15, manakala Indeks Perusahaan berkurangan 16.24 mata kepada 2,617.91.
Sementara itu Indeks FBM Emas, turun 35.06 mata kepada 8,723.16 dan FBM70 jatuh 55.69 mata kepada 8,526.59.

Bagaimanapun, Indeks FBM Ace meningkat 1.49 mata kepada 4,181.04.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 357 berbanding 278, manakala 286 kaunter tidak berubah, 427 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 574.759 juta saham bernilai RM1.122 bilion daripada 677.371 juta saham bernilai RM1.217 bilion kelmarin.

Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM7.24, Sime Darby turun sembilan sen kepada RM8.44 dan CIMB berkurangan lapan sen kepada RM13.44.

Bagaimanapun, Maxis, naik tiga sen kepada RM5.30.

Bagi peneraju jumlah dagangan, KNM turun setengah sen kepada 78.5 sen manakala kedua-dua Talam Corp dan Astro tidak berubah masing-masing pada 11.5 sen dan RM4.23.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 501.328 juta saham bernilai RM1.099 bilion daripada 600.621 juta saham bernilai RM1.198 bilion kelmarin.
Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 38.752 juta saham bernilai RM6.864 juta daripada 40.863 juta saham bernilai RM6.147 juta sebelumnya.

Waran turun kepada 18.216 juta unit bernilai RM2.902 juta daripada 24.789 juta unit bernilai RM4.352 juta kelmarin.

Barangan pengguna menyumbang 23.913 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 131.737 juta, pembinaan 44.259 juta, perdagangan dan perkhidmatan 143.319 juta, teknologi 24.789 juta, prasarana 11.775 juta, kewangan 46.577 juta, hotel 7.285 juta, harta 52.693 juta, perladangan 13.936 juta, perlombongan 63,000, REITs 976,600, dan dana tertutup 1,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers