March 18, 2010

Indeks Bursa melepasi paras 1,300 mata

KUALA LUMPUR 17 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi hari ini dengan indeks asas bertahan pada paras melebihi 1,300 mata, disokong oleh kenaikan di kaunter-kaunter mewah terpilih, kata peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 3.09 mata lebih tinggi pada 1,301.95, setelah dibuka 4.18 mata lebih kukuh pada 1,303.04.

Seorang peniaga berkata FBM KLCI perlu stabil pada tahap semasa selepas berundur lebih 35 mata dalam empat hari dagangan kebelakangan ini.

Bursa tempatan juga meningkat seiringan dengan pasaran-pasaran utama serantau, termasuk Hong Kong, Singapura dan Jepun.

Indeks Kewangan naik 30.57 mata kepada 11,580.48, Indeks Perladangan mengukuh 22.56 mata kepada 6,382.65 dan Indeks Perusahaan 7.04 mata lebih tinggi pada 2,638.07.

Indeks FBM Emas menambah 33.53 mata kepada 8,756.46, FBM70 melonjak 65.93 mata kepada 8,570.59 dan Indeks FBM Ace meningkat 29.77 mata kepada 4,219.45.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 405 berbanding 268 manakala 289 kaunter tidak berubah, 385 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan hari ini bertambah kepada 741.842 juta saham bernilai RM1.218 bilion, berbanding 678.597 juta saham bernilai RM1.059 bilion semalam.

Saham mewah, Maybank susut dua sen kepada RM7.29, Sime Darby dan Maxis turun sesen, masing-masing kepada RM8.54 dan RM5.28, manakala CIMB Group menokok dua sen kepada RM13.58.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama bertambah kepada 638.657 juta saham, bernilai RM1.193 bilion, daripada 583.321 juta saham bernilai RM1.027 bilion semalam.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 59.609 juta unit, bernilai RM8.052 juta, daripada 51.662 juta unit bernilai RM12.679 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Waran bertambah kepada 30.232 juta saham, bernilai RM4.736 juta, daripada 23.315 juta unit bernilai RM3.102 juta.

Barangan pengguna menguasai 39.574 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 140.747 juta, pembinaan 47.584 juta, perdagangan dan perkhidmatan 191.249 juta, teknologi 45.197 juta, prasarana 49.141 juta, kewangan 38.407 juta, hotel 1.306 juta, harta 62.062 juta, perladangan 21.651 juta, perlombongan 12,000, REIT 1.539 juta dan dana tertutup 183,600.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers