March 23, 2010

Dagangan Bursa Malaysia lemah

KUALA LUMPUR 22 Mac - Harga saham ditutup kebanyakannya rendah hari ini dengan pasaran berada dalam bahagian negatif susulan penurunan berterusan di kalangan saham wajaran tinggi, kata para peniaga.

Pasaran berdepan dengan penstabilan sementara dan dijangka memuncak pada akhir Mac, kata mereka.

Maybank Investment Bank berkata dalam laporan Penyelidikan Ekuitinya bahawa dengan potensi masalah hutang negara Greek yang timbul semula dan jangkaan keperluan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan India menaikkan kadar faedah, FBM KLCI mungkin terus berada di bawah tekanan jualan minggu ini.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 2.95 mata untuk ditutup kepada 1,293.65.

Indeks Kewangan turun 1.261 mata kepada 11,496.47, Indeks Perladangan meningkat 1.13 mata kepada 6,354.28 manakala Indeks Perusahaan turun 10.10 mata kepada 2,607.81.

Sementara itu, Indeks FBM Emas berkurangan 15.61 mata kepada 8,707.55, FBM70 turun 14.82 mata kepada 8,511.77 dan Indeks FBM Ace susut 11.32 mata kepada 4,169.72.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 364 berbanding 301 manakala 280 kaunter tidak berubah, 403 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 674.9 juta saham bernilai RM1.25 bilion daripada 574.7 juta saham bernilai RM1.12 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.28, Sime Darby susut empat sen kepada RM8.40, CIMB Group Holdings turun lapan sen kepada RM13.36 manakala Maxis meningkat tujuh sen kepada RM5.37.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menambah kepada 592.52 juta saham bernilai RM1.23 bilion daripada 501.328 juta saham bernilai RM1.099 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Ace naik kepada 48.55 juta saham bernilai RM6.28 juta daripada 38.752 juta saham bernilai RM6.864 juta pada Jumaat minggu lepas.Waran meningkat kepada 19.91 juta unit bernilai RM3.46 juta daripada 18.216 juta unit bernilai RM2.902 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 18.26 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 129.27 juta, pembinaan 52.42 juta, perdagangan dan perkhidmatan 172.09 juta, teknologi 30.22 juta, prasarana 9.912 juta, kewangan 84.51 juta, hotel 5.08 juta, harta 74.58 juta, perladangan 14.56 juta, perlombongan 47,000, REITs 1.51 juta, dan dana tertutup 16,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers