March 11, 2010

Ringgit ditutup teguh

KUALA LUMPUR 10 Mac - Ringgit ditutup pada paras tinggi yang baharu berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh belian aktif untuk mata wang tempatan, kata para peniaga.

Peniaga mata wang RHB Bank, Badeeudin Mohd Abu Bakar berkata kali terakhir paras ini dicatatkan ialah pada bulan Ogos 2008.

Pada pukul 5 petang, unit tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 3.3180/3230 daripada 3.3410/3440 semalam.

Nur Adeline Baharin dari RHB Bank pula berkata ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS kerana para pelabur menarik diri daripada membeli dolar AS di pasaran global selepas pengumuman data ekonomi utama dari zon euro dan China hari ini.

Mata wang euro dan sterling berada di bawah tekanan selepas kebimbangan baharu timbul berhubung masalah fiskal Eropah hari ini.

Sementara itu, mata wang berkaitan komoditi turut mengukuh selepas pengumuman laporan ekonomi dari China yang menunjukkan eksport dan import negara itu melonjak sebanyak 46 peratus pada bulan Februari.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.3712/3782 daripada 2.3832/3904 semalam dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.6781/6861 daripada 3.7176/7230 sebelumnya.Ia mengukuh berbanding pound sterling kepada 4.9528/9612 daripada 5.0055/5110 pada Selasa dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5019/5096 daripada 4.5421/5468 sebelumnya.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers