March 26, 2010

Saham mewah naik dagangan Bursa tinggi

KUALA LUMPUR 25 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan kenaikan dalam saham wajaran tinggi dan saham berkaitan air, kata para peniaga.

Mereka berkata sentimen mendapat rangsangan daripada unjuran ekonomi positif oleh Bank Negara Malaysia (BNM).Bank pusat berkata ekonomi negara dijangka berkembang antara 4.5-5.5 peratus tahun ini.

Aktiviti membeli saham murah terpilih yang aktif, terutamanya di kalangan kaunter berharga rendah, dilihat pada tengah hari.

Saham berkaitan air seperti Puncak Niaga, Kumpulan Perangsang dan JAKS Resources naik selepas sekutu Gamuda, SPLASH, membuat tawaran RM10.75 bilion untuk mengambil alih aset air Selangor.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 3.03 mata kepada 1,312.48 selepas dibuka 1.30 mata lebih tinggi pada 1,310.75.Indeks Kewangan meningkat 28.93 mata kepada 11,708.71 manakala Indeks Perusahaan naik 10.84 mata kepada 2,651.78.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan berkurangan 6.81 mata kepada 6,402.69. Indeks FBM Emas naik 41.33 mata kepada 8,871.14, FBM70 meningkat 103.1 mata kepada 8,759.84 manakala Indeks FBM Ace menokok 3.3 mata kepada 4,211.69.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 461 berbanding 303, 247 kaunter tidak berubah, 336 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.244 bilion saham bernilai RM1.845 bilion daripada 1.136 bilion saham bernilai RM1.688 bilion semalam.

Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM7.39, Sime Darby naik sembilan sen kepada RM8.61, CIMB Group Holdings meningkat 22 sen kepada RM13.96 manakala Maxis melonjak tiga sen kepada RM5.38.

Perolehan dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.05 bilion saham bernilai RM1.788 bilion daripada 967.016 juta saham bernilai RM1.639 bilion semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 80.587 juta unit bernilai RM13.04 juta daripada 97.48 juta unit bernilai RM14.1 juta pada Rabu.Waran meningkat kepada 82.13 juta saham bernilai RM20.08 juta daripada 31.83 juta saham bernilai RM4.66 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 46.7 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 249.2 juta, pembinaan 88.7 juta, perdagangan dan perkhidmatan 294.7 juta, teknologi 113.6 juta, prasarana 49.7 juta, kewangan 82.6 juta, hotel 6.9 juta, hartanah 95.2 juta, perladangan 21.6 juta, perlombongan 95,000, REITs 1.06 juta dan dana tertutup 18,000. -Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers