KUALA LUMPUR 8 Mac - CIMB Group, penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, mengunjurkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 12 peratus pada tahun ini.
Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan keadaan perniagaan yang bertambah baik dan permintaan pinjaman sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) semakin pulih.
''Selain itu, momentum bagi segmen gadai janji adalah sangat baik dan kukuh yang turut membantu meningkatkan pertumbuhan. Pinjaman peribadi dan segmen kad kredit juga merupakan penyumbang kepada pertumbuhan tersebut.
''Sasaran pertumbuhan pinjaman bagi Malaysia adalah 10 peratus dan bagi pasaran lain adalah lebih tinggi. Pada tahun lalu, sasaran adalah lapan peratus tapi Kumpulan berjaya mencapai 11 peratus.'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Produk Berstruktur Pelaburan Pendapatan Hasil Berganda CIMB di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbendaharaan dan Pelaburan Kumpulan, Datuk Lee K. Kwan.
Tambah Nazir, walaupun kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) meningkat sebanyak 25 mata asas, ia tidak akan menjejaskan permintaan pinjaman pada tahun ini.
Nazir, sebelum itu, mengumumkan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank menaikkan kadar BLR dan BFR sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus yang berkuatkuasa esok.
Perubahan tersebut dilakukan berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia meningkatkan kadar dasar semalam (OPR) sebanyak 25 mata asas pada minggu lalu.
CIMB Group turut meningkatkan kadar deposit tetap dan simpanan sebanyak 25 mata asas.
''Kami menyokong langkah BNM untuk menaikkan kadar faedah memandangkan ekonomi kembali stabil dan ia dapat diberikan kepada peminjam dan penyimpan,'' katanya.
Nisbah kadar pinjaman tidak berbayar Kumpulan adalah pada paras dua peratus, manakala bagi CIMB Bank adalah sebanyak 1.2 peratus yang merupakan antara terendah dalam pasaran.
Ditanya mengenai rancangan pengambilan alih dan penggabungan CIMB Group pada tahun ini, Nazir berkata, pihaknya tidak mempunyai rancangan tersebut.
''Fokus kami adalah mengukuhkan perniagaan sedia ada,'' jelasnya.
Nazir berkata, CIMB Group kini mempunyai modal pasaran berjumlah RM50 bilion berbanding RM5 bilion dalam tempoh lima tahun lalu.
March 9, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com