March 20, 2010

7 syarikat China ke Bursa Malaysia

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
sarah.rohim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mac - Tujuh lagi syarikat China dijangka disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun ini, kata Suruhanjaya Sekuriti (SC). Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar berkata, pelaksanaan rombakan ke atas struktur Bursa Malaysia sejajar dengan kadar kecekapan yang diperkenalkan untuk mengurangkan kos dan menambah baik akses kepada penjanaan dana ekuiti telah menarik minat syarikat asing melabur di negara ini.

''Berserta dengan langkah liberalisasi telah menyaksikan permohonan tiga syarikat China telah diluluskan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia, manakala empat lagi syarikat sedang dipertimbangkan.

''Setakat ini, tiga syarikat daripada negara tembok besar itu telah disenaraikan. SC juga telah menolak satu permohonan syarikat asing untuk disenaraikan kerana tidak memenuhi syarat telah ditetapkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Tahunan SC 2009 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif (Pelaksanaan), Datuk Dr. Nik Ramlah Mahmood, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif (Pemantauan Pasaran) Datuk Tanjit Ajit Singh, Pengarah Eksekutif Pembangunan dan Strategi, Goh Ching Yin, Pengarah Eksekutif Sumber Korporat, Datin Teh Ija Mohd Jalil dan Pengarah Eksekutif Terbitan dan Pelaburan, Eugene Wong Weng Soon.

Tambah Zarinah, SC menjangkakan lebih banyak syarikat asing akan memasuki pasaran tempatan, selain menerima lebih banyak permohonan tawaran awam permulaan (IPO).

''Setakat 15 Mac lalu, SC telah menerima 30 permohonan IPO berbanding 37 permohonan pada tahun lalu dan kami menjangkakan lebih banyak lagi permohonan memandangkan pasaran ekuiti yang semakin pulih,'' jelasnya.

Pada tahun lalu, kelulusan penjanaan dana melalui IPO dan aktiviti ekuiti lain meningkat kepada RM28.4 bilion.

Sementara itu, 2009 menyaksikan saiz pasaran modal Islam tumbuh sebanyak 40 peratus kepada RM894.5 bilion.

Negara juga terus mengekalkan kedudukan sebagai pasaran modal Islam terbesar dan komprehensif dengan langkah pemantauan penyenaraian sukuk.

Menjelang akhir 2009, Bursa Malaysia telah menjadi peneraju dengan 12 sukuk bernilai RM60.1 bilion disenaraikan.

Selain itu, Zarinah berkata, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengurusan dana Islam, sehingga kini SC telah meluluskan 12 lesen pengurusan dana Islam.

''Walaupun 2009, merupakan tahun mencabar kepada pasaran kewangan global, ia menyaksikan kemasukan beberapa peneraju pengantara pasaran global ke dalam pasaran tempatan.

''Kelulusan lesen pengurusan dana menggambarkan keyakinan berterusan bagi segmen ini dalam pasaran modal, terutama untuk segmen pengurusan dana Islam dengan tujuh kelulusan pada tahun lalu,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers