KUALA LUMPUR 7 Mac - Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) dijangka mencabar paras 1,300 mata minggu depan, dengan pelabur menunggu pemangkin baharu untuk menentukan indeks pasaran, kata peniaga.
Petunjuk pasaran indeks mencatat paras tertinggi pertama tahun ini kepada 1,308.36 mata pada 21 Jan lepas.
Penganalisis Teknikal Kanan TA Securities, Stephen Soo berkata, pasaran pada masa ini mengalami kekurangan penyertaan asing.
Soo berkata, model ekonomi baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi mungkin menyediakan pemangkin kukuh untuk pasaran saham tempatan.
"Faktor luaran seperti perkembangan dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus memberi impak kepada pasaran serantau selain pasaran tempatan. Harga saham dijangka tidak banyak berubah minggu depan," katanya.
Sepanjang minggu yang baru berlalu, pasaran mula mencatat paras tinggi, diperkukuh oleh pengumuman mengenai pertumbuhan suku keempat tahun lepas sebanyak 4.5 peratus, yang merupakan angka yang lebih baik daripada yang dijangkakan.
Pasaran tempatan juga mengambil petunjuk daripada keuntungan di Wall Street dan bursa serantau memandangkan unjuran ekonomi yang lebih baik di AS memperkukuhkan sentimen.
Pasaran bagaimanapun susut pada Rabu dan Khamis sebelum mesyuarat jawatankuasa dasar monetari Bank Negara Malaysia pada petang Khamis.
Pasaran ditutup tinggi pada Jumaat dengan FBM KLCI melonjak 15.69 mata kepada 1,299.78, pars paling tinggi sejak 25 Jan, 2010.
Keuntungan saham-saham perbankan, yang diketuai Maybank, merangsang indeks-indeks pasaran.
Mengikut asas mingguan, FBM KLCI menokok 29 mata kepada 1,299.78 berbanding 1,270.78 Jumaat lepas manakala Indeks Kewangan menambah 405.71 mata kepada 11,537.66 berbanding 11,131.95.
Indeks Perladangan meningkat 78.42 mata kepada 6,396.06 berbanding 6,317.64 Jumaat lepas dan Indeks Perusahaan menokok 26.76 mata kepada 2,604.03 berbanding 2,577.27.
Indeks FBM Emas meningkat 177.08 mata kepada 8,737.28 berbanding 8,560.2 Jumaat lepas dan FBM Top 100 menambah 178.66 mata kepada 8,506.23 daripada 8,327.57 namun Indeks FBM Ace susut 46.05 mata kepada 4,299.04 berbanding 4,345.09 sebelumnya.
Jumlah dagangan minggu ini meningkat kepada 4.42 bilion saham bernilai RM7.636 bilion berbanding 2.78 bilion saham bernilai RM4.98 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.907 bilion saham bernilai RM7.537 bilion berbanding 2.44 bilion saham bernilai RM4.92 bilion sebelumnya.
Waran menambah kepada 149.077 juta unit bernilai RM28.192 juta berbanding 130.59 juta unit bernilai RM18.83 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 263.504 juta saham bernilai RM50.447 juta berbanding 175.7 juta saham bernilai RM39.16 juta sebelumnya.
March 8, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com