March 31, 2010

Bukan lagi peneraju ekonomi

KUALA LUMPUR 30 Mac - Ketiadaan pelaburan swasta, kesukaran menjalankan perniagaan, kurang industri nilai tambah, pekerjaan kemahiran rendah dan upah yang kecil, merupakan antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada pertumbuhan perlahan negara sejak krisis kewangan Asia 1997-1998.

Pertumbuhan produktiviti yang lembap, kreativiti dan inovasi yang tidak mencukupi serta kekurangan modal insan berkemahiran juga melembapkan pertumbuhan ekonomi, demikian menurut Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam bahagian pertama Laporan Model Ekonomi Baru (MEB) di sini hari ini.

Katanya, krisis kewangan Asia menyebabkan aliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan portfolio asing serta penurunan dalam pelaburan keseluruhan yang tidak diperoleh kembali.

"Krisis berkenaan menjadi titik perubahan dalam pertumbuhan Malaysia. Sejak krisis itu, kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau ini terhakis," katanya.

MPEN juga berkata, pengurangan dalam pelaburan agregat di Malaysia didorong terutamanya oleh penurunan dalam pelaburan swasta yang tidak berkembang.

Beberapa faktor menarik tahap pelaburan swasta dalam tahun-tahun kebelakangan ini, antara lain termasuk kehadiran yang ketara syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan.

Menurutnya, prosedur birokratik yang panjang lebar dan merumitkan mempengaruhi kos melabur dan bakal pulangan terhadap pelaburan manakala kekurangan kemahiran yang berterusan juga memberi impak terhadap pelaburan.

Ketiadaan pelaburan domestik swasta dapat dilihat dengan perkembangan dalam akaun luar yang menyaksikan peningkatan dalam aliran keluar akaun modal bagi pembiayaan pelaburan Malaysia di luar negara.

Walaupun aliran masuk FDI ke Malaysia pulih agak baik, namun ini tidak menterjemahkan kepada tahap pelaburan agregat yang lebih tinggi.

Semasa menyifatkan situasi ini sebagai fenomena luar biasa, MPEN berkata, ini menunjukkan Malaysia tidak mengambil kesempatan terhadap aliran masuk FDI untuk memberi tambahan kepada sumber pelaburan domestik, terutamanya dalam bidang inovatif dan teknologi canggih.

Pada 2008, sebahagian besar FDI adalah ke dalam sektor perkhidmatan dengan sebahagian besarnya dalam sektor-sektor perdagangan pengagihan dan perkhidmatan kewangan.

Kedua-duanya memerlukan sebahagian kecil penyediaan modal fizikal tetapi memerlukan tahap inovasi dan perangkaian yang tinggi yang kurang dimiliki pelabur domestik.

"Kita perlu mewujudkan keadaan kondusif yang akan merangsang pelaburan swasta domestik dalam produk nilai tambah tinggi dan perkhidmatan bagi meningkatkan tahap pendapatan kita," kata MPEN lagi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers