March 19, 2010

Ulasan Pasaran: Pasaran tiada petunjuk baru

FBM KLCI ditutup bercampur-campur, pelabur tunggu reaksi ekonomi AS

HARGA saham di Bursa Malaysia dicatatkan bercampur-campur dengan pelabur teragak-agak membuat pembelian yang besar sebelum pengumuman data inflasi dan pengangguran Amerika Syarikat.
Ketika ditutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 0.01 mata kepada 1,301.94 selepas dibuka meningkat 4.73 mata kepada 1,306.68. Peniaga berkata, kebanyakan pelabur berada di luar pasaran dan menanti data utama dari Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan petunjuk terbaru mengenai keadaan ekonomi terbesar di dunia itu.

Katanya, pelabur juga berhati-hati berikutan timbul semula spekulasi kebimbangan mengenai langkah mengetatkan kredit di China selepas pengawal selia negara itu meminta bank untuk mengawal pergerakan pengeluaran pinjaman masing-masing.

Bagaimanapun, minat pada Astro berupaya memastikan pasaran tempatan dari mengalami kerugian lebih besar apabila syarikat itu mengumumkan rancangannya untuk menjadi persendirian.

Harga saham Astro melonjak 67 sen untuk ditutup kepada RM4.23. Pengendali TV berbayar itu menerima tawaran ambil alih bersyarat dari Astro Holdings Bhd untuk mendapatkan baki saham yang belum dimilikinya pada harga RM4.30 sesaham.

Indeks Kewangan turun 25.65 mata kepada 11,554.83 dan Indeks Perusahaan merosot 3.92 mata kepada 2,634.15.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 7.48 mata kepada 6,390.13, Indeks FBM Emas naik 1.76 mata kepada 8,758.22 dan FBM70 meningkat 11.69 mata kepada 8,582.28.

Indeks FBM ACE turun 39.90 mata kepada 4,179.55.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 364 kepada 302 manakala 279 kaunter tidak berubah, 402 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.
Di dalam dagangan sederhana, perolehan dicatatkan lebih rendah kepada 677.371 juta saham bernilai RM1.217 bilion berbanding dengan 741.843 juta saham kelmarin bernilai RM1.218 bilion.

Saham berwajaran tinggi Maybank meningkat satu sen kepada RM7.30 manakala Sime Darby dan Maxis turun satu sen setiap satu masing-masing kepada RM8.53 dan RM5.27 dan CIMB turun enam sen kepada RM13.52.

Bagi kaunter aktif, Measat Global turun lima sen kepada RM2.60 manakala Nam Fatt dan KNM meningkat 0.5 sen setiap satu masing-masing kepada 11.5 sen dan 79 sen.

Pendapatan di Papan Utama merosot kepada 600.621 juta saham bernilai RM1.198 bilion daripada 638.658 juta saham bernilai RM1.193 bilion kelmarin.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 40.863 juta unit bernilai RM6.147 juta daripada 59.609 juta unit bernilai RM8.052 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Waran turun kepada 24.789 juta saham bernilai RM4.352 juta daripada 30.232 juta unit bernilai RM4.736 juta kelmarin.

Produk pengguna mencatatkan 40.588 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 127.514 juta, pembinaan 64.049 juta, dagang dan perkhidmatan 191.381 juta, teknologi 46.945 juta, prasarana 16.306 juta, kewangan 33.442 juta, hotel 5.542 juta, hartanah 56.528 juta, perladangan 16.046 juta, perlombongan 8,000, REIT 1.790 juta dan tertutup/dana 478,700. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers