March 12, 2010

Ulasan pasaran: Sentimen pasaran masih positif

Aliran menurun kini hanya sementara, KLCI dijangka melantun semula ke paras 1,340 mata

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan kegiatan pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas keuntungan yang tinggi semalam.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 6.79 mata semasa ditutup kepada 1,321.43. Ia dibuka 1.87 mata lebih rendah pada 1,326.35.
Seorang peniaga berkata, aliran menurun itu sementara dan KLCI akan melantun semula ke paras 1,340 mata jika tidak hari ini, pada minggu depan. “Sentimen pasaran masih positif. Pasaran mengalami keadaan terlebih belian selepas kenaikan baru-baru ini, yang menolak KLCI ke paras tinggi hasil daripada minat belian asing berikutan tinjauan masa depan yang kukuh terhadap ekonomi dan ringgit,” kata peniaga itu.

Indeks Kewangan susut 73.85 mata kepada 11,780.73 dan Indeks Perusahaan turun 10.2 mata kepada 2,653.68, tetapi Indeks Perladangan naik 23.96 mata kepada 6,544.2.

Sementara itu, Indeks FBM Emas, turun 43.859 mata kepada 8,867.48, FBM70 susut 22.399 mata kepada 8,651.91 manakala Indeks FBM Ace berkurangan 30.13 mata kepada 4,232.13.

Saham rugi mengatasi untung pada 440 berbanding 274 manakala 276 kaunter tidak berubah, 354 tidak didagangkan dan 29 yang lain digantung.
Jumlah dagangan pada 792.365 juta saham bernilai RM1.347 bilion daripada jumlah semalam pada 934.478 juta saham bernilai RM1.619 bilion.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan susut kepada 661.264 juta saham bernilai RM1.309 bilion daripada 746.690 juta saham bernilai RM1.563 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 66.659 juta saham bernilai RM9.724 juta daripada semalam pada 79.985 juta saham bernilai RM11.721 juta.

Waran turun kepada 39.077 juta unit bernilai RM6.889 juta daripada 50.027 juta unit bernilai RM8.913 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 42.877 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 153.115 juta, pembinaan 35.003 juta, dagangan dan perkhidmatan 233.308 juta, teknologi 29.575 juta, infrastruktur 13.755 juta, kewangan 57.216 juta, hotel 9.429 juta, hartanah 44.307 juta, perladangan 40.986 juta, perlombongan 115,100, REIT 1.441 juta dan tertutup/dana 140,000. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers