KUALA LUMPUR 3 Mac - Kebanyakan harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama dicatatkan negatif selepas meningkat pada peringkat awal dagangan, kata para peniaga.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 1.97 mata untuk ditutup kepada 1,286.1 selepas dibuka meningkat 2.44 mata kepada 1,290.51.
Penganalisis Kanan Teknikal TA Securities Stephen Soo berkata lajakan membeli dicatatkan lembab. "Aktiviti pengambilan untung di kalangan saham murah dan saham berwajaran mewah tertentu telah mengekang kenaikan harga saham," katanya.
Soo berkata para pelabur tercari-cari petunjuk baharu seperti Model Ekonomi Baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan dijangka menyediakan pemangkin bagi pasaran.
Indeks Kewangan rugi 9.93 mata kepada 11,331.65, Indeks Perusahaan merosot 1.75 mata kepada 2,595.55 dan Indeks Perladangan turun 16.940 mata kepada 6,372.49.
Indeks Emas FBM turun 5.71 mata kepada 8,650.74, FBM70 meningkat 25.819 mata kepada 8,501.35 dan Indeks FBM Ace turun 37.96 mata kepada 4,239.41.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 402 kepada 294 manakala 270 kaunter tidak berubah, 370 tidak diniaga dan 25 yang lain digantung.Perolehan meningkat kepada 863.745 juta saham bernilai RM1.51 bilion daripada 839.426 juta saham bernilai RM1.549 bilion semalam.
Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 8.0 sen kepada RM8.55, Maybank turun 2.0 sen kepada RM6.98, CIMB Group Holdings merosot 12 sen kepada RM13.60 dan Maxis tidak berubah pada harga RM5.45.
Di kalangan stok aktif, Axiata meningkat 2.0 sen kepada RM3.85, KNM Group turun 0.5 sen kepada 79 sen, Jaks Resources menokok 3.0 sen kepada 82 sen dan Ramunia meningkat 0.5 sen kepada 24 sen. Perolehan di Papan Utama meningkat kepada 777.56 juta saham bernilai RM1.492 bilion daripada 722.994 juta saham bernilai RM1.524 bilion semalam.
Jumlah dagangan pasaran Ace merosot kepada 51.345 juta unit bernilai RM10.567 juta daripada 60.752 juta unit bernilai RM12.2 juta pada Selasa. Waran merosot kepada 24.543 juta saham bernilai RM3.883 juta daripada 34.974 juta saham bernilai RM5.25 juta sebelum ini.
Produk pengguna mencatatkan 32.5 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 131.9 juta, pembinaan 56.1 juta, dagang dan perkhidmatan 335.8 juta, teknologi 21.234 juta, prasarana 15.5 juta, kewangan 105.1 juta, hotel 8.03 juta, hartanah 52.89 juta, perladangan 17.09 juta, perlombongan 27,500, REIT 1.2 juta dan dana tertutup 57,600. - Bernama
March 4, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com