March 30, 2010

Sertai komuniti Berita Harian login|daftar

CIMB dilantik agih bantuan kewangan untuk usahawan di negara Asean

CIMB Group Holdings Bhd memperoleh dana sebanyak AS$300 juta (RM987 juta) daripada Japan Bank of International Cooperation (JBIC) untuk disalurkan sebagai pembiayaan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara Asean.
Dana itu adalah yang terbesar disediakan JBIC kepada institusi kewangan komersial serta yang pertama disalurkan bagi membantu syarikat PKS menerusi kumpulan perbankan tunggal. Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, berkata menerusi perjanjian selama sembilan tahun itu, dana berkenaan akan disalurkan menerusi cabang kumpulan CIMB iaitu CIMB Bank Bhd, CIMB Niaga di Indonesia serta CIMB Thai di Thailand.

Katanya, dana akan menyediakan sokongan kewangan kepada syarikat Jepun dan juga syarikat tempatan yang mempunyai hubungan perniagaan dengan syarikat Jepun di negara Asean.

“Kami percaya, kemudahan pembiayaan JBIC Asean ini bertepatan masanya kerana banyak syarikat PKS di rantau ini mencari peluang bagi memperluaskan operasi dan pelbagai langkah diambil kerajaan meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta,” katanya selepas pemeteraian perjanjian antara CIMB Group dan JBIC di Kuala Lumpur, semalam.

Nazir mewakili CIMB Group manakala JBIC oleh Pegawai Eksekutifnya bagi Asia dan Ocenia, Ryuichi Kaga. Hadir sama, Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie; Pengarah Presiden PT Bank CIMB Niaga Tbk, Arwsin Rasyid dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif CIMB Thai, Subhak Siwaraksa.
JBIC, adalah cabang antarabangsa Japan Finance Corporation (JFC) iaitu institusi kewangan berasaskan polisi Jepun yang melaksanakan aktiviti pelaburan, pembiayaan dan jaminan operasi kepada institusi kewangan sektor swasta.

Nazir berkata, pihaknya menyasar menyalurkan dua pertiga daripada pinjaman berjumlah AS$300 juta itu ke Indonesia susulan prospek pertumbuhan pinjaman lebih baik di negara itu.

Katanya, walaupun pembiayaan itu adalah untuk semua sektor tetapi ia bukan bagi membiayai projek besar kerana had pinjaman yang diberikan bagi setiap syarikat adalah kira-kira AS$25 juta dengan tempoh pinjaman selama tujuh tahun.

“Menerusi kerjasama dengan CIMB Group, JBIC mempunyai kecekapan akses kepada syarikat berkaitan Jepun di Asean, khususnya di Malaysia, Indonesia dan Thailand menerusi rangkaian cawangan perbankan runcit terbesar kami,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers