March 8, 2010

Banyak petunjuk positif di pasaran

BURSA Malaysia meneruskan aliran meningkat bagi minggu keempat berturut-turut minggu lalu dengan sektor perbankan menerajui kenaikan selepas Bank Negara Malaysia menaikkan kadar fae-dah Khamis lalu.

Langkah bank pusat itu secara tidak langsung menyuntik keyakinan bahawa ekonomi negara berada pada landasan yang betul untuk mencatat pemulihan lebih kukuh daripada jangkaan.

Berbanding minggu sebelumnya, indeks penanda aras saham mewah FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 29 mata atau 2.28 peratus kepada 1,299.78, dengan CIMB mencatat kenaikan 70 sen), Maybank (+43 sen), Genting Bhd (+34 sen) dan Axiata (+14 sen) dan ini menyumbang kepada lebih dua pertiga daripada kenaikan indeks penanda aras utama itu.




Purata urus niaga harian dan nilainya meningkat kepada 884.7 juta saham bernilai RM1.53 bilion, jumlah tertinggi dalam tempoh lima minggu, berbanding 695.6 juta saham bernilai RM1.25 bilion yang dicatat dalam minggu sebelumnya.

Kenaikan dalam saham perbankan tidak mengejutkan kerana sudah dinyatakan dalam kolum ini minggu lalu bahawa sebarang kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan memberi manfaat kepada sektor perbankan memandangkan hampir semua daripada institusi perbankan mempunyai pendedahan cukup besar terhadap hutang kadar terapung kecuali AMMB.

Pengumuman minggu lalu terhadap kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh daripada jangkaan dan pengumuman mengenai kenaikan OPR Khamis lalu mengangkat keyakinan di pasaran terhadap sektor ekonomi dan perbankan yang masing-masing mendapat manfaat utama.



Maklumat perdagangan negara yang dikeluarkan Jumaat lalu pula memberikan impak yang sama apabila eksport bagi Januari meningkat paling banyak dalam tempoh 11 tahun kepada RM7.1 bilion apabila pengeluar mengeksport banyak produk ke China, yang berkembang lebih dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Berbanding 2008, eksport meningkat 37 peratus kepada RM52.5 bilion selepas naik 18.7 peratus pada Disember.



Jualan elektrik dan elektronik (E&E), yang mewakili 41 peratus daripada keseluruhan eksport naik 55.6 peratus berbanding 33.3 peratus bulan sebelumnya.

Jumlah eksport berkenaan menunjukkan syarikat dengan pendedahan tinggi ke China akan terus berkembang kerana permintaan bertambah menerusi bertambahnya bilangan kekayaan dari dari kelas menengah.

Pertumbuhan dalam sektor E&E itu juga akan memberi manfaat kepada pengeksport kerana permintaan terhadap barangan elektronik dan komunikasi terus berkembang lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan yang dianggarkan dalam ekonomi keseluruhan.



Unisem (cadangan ‘beli’, sasaran harga RM3.70) dan MPI (‘beli’, sasaran harga RM9.20) memiliki kilang di China yang beroperasi pada kapasiti sepenuhnya.

Kedua-dua syarikat berkenaan menyatakan mengenai permintaan pulih dengan kukuh dan kesediaan untuk meningkatkan perbelanjaan modal walaupun lebih sekali ganda untuk memenuhi pertumbuhan permintaan, khususnya dari China.

Sementara itu, Kabinet mungkin membuat keputusan mengenai kenaikan tarif gas dan elektrik pada pertengahan Mac ini dan ini mampu memberi kesan besar terhadap harga barangan dan perkhidmatan.

Memandangkan mekanisma harga dua peringkat ditangguhkan, sedikit kenaikan pada harga minyak juga akan memberi kesan yang sama kepada inflasi.

Bagaimanapun, memandangkan tekanan inflasi masih rendah dengan Indeks Harga Pengguna bagi Januari hanya pada 1.3 peratus, kenaikan berikutnya kepada OPR sepanjang tahun ini seharusnya dihadkan sebanyak 50 mata asas untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Dengan mengambil kira keputusan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 11.4 peratus diikuti 24 peratus lagi masing-masing pada Jun 2006 dan Julai 2008 selepas meningkatkan tarif gas, kenaikan tarif dua angka mungkin dilakukan.

Jika tarif gas sebanyak RM10.70 bagi setiap juta unit termal British (mmbtu) diapungkan di pasaran antarabangsa pada kadar RM16/mmbtu, tarif elektrik yang akan dinaikkan mungkin sebanyak 10 peratus.

Pengguna komersial dan industri mungkin akan membayar sekali ganda daripada jumlah yang dibayar pengguna, sebagai contoh 12 peratus berbanding enam peratus.

Kesannya adalah terhadap aliran tunai Tenaga (cadangan ‘jual’, sasaran harga RM8.80), kecuali jika ia mendapat kenaikan tarif asas yang dimahukan, supaya pulangan terhadap nilai asas asetnya bersamaan dengan modal kos purata berwajaran.



Sebagai kesimpulannya, lebih banyak petunjuk positif dilihat pada KLCI, tetapi sokongan belian berterusan melebihi satu bilion saham sehari diperlukan untuk mengekalkan pergerakan indeks berkenaan pada tahap yang lebih tinggi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers