KUALA LUMPUR 9 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan ketara semalam, kata peniaga.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 6.28 mata lebih rendah kepada 1,317.94, diseret turun akibat kerugian saham mewah terpilih, selepas dibuka 0.53 mata lebih rendah kepada 1,323.69 pagi ini.
"Pasaran didominasi aktiviti pengambilan untung, terutama saham mewah terpilih, yang menurunkan indeks utama," kata seorang daripada peniaga berkenaan.
Beliau berkata bursa tempatan meneruskan aktiviti pengambilan untung hari ini susulan prestasi semalaman yang lemah di Wall Street yang menjejaskan sentimen pasaran.
Pada penutup, Indeks Kewangan susut 61.6 mata kepada 11,790.21, Indeks Perusahaan turun 5.37 mata kepada 2,635.84 manakala Indeks Perladangan turun 23.72 mata kepada 6,400.89.Indeks FBM Emas turun 38.83 mata kepada 8,850.63, FBM70 susut 33.141 mata kepada 8,643.51 dan Indeks FBM Ace turun 33.91 mata kepada 4,277.31.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 455 berbanding 254 manakala 257 kaunter tidak berubah, 375 tidak diniagakan manakala 28 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 797.812 juta saham bernilai RM1.453 bilion, turun berbanding 1.161 bilion saham bernilai RM2.259 bilion semalam.
Menurut seorang penganalisis, prestasi pasaran saham Malaysia dijangka terus meningkat berikutan ekonomi global yang semakin pulih dan Malaysia merekodkan pertumbuhan 4.5 peratus tahun lepas.
Pada penutup, jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 669.064 jut asaham bernilai RM1.421 bilion berbanding 1.011 bilion saham bernilai RM2.227 bilion semalam.Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 39.585 juta saham bernilai RM7.620 juta berbanding 77.037 juta saham bernilai RM13.501 juta sebelumnya.
Waran bagaimanapun meningkat kepada 69.986 juta unit bernilai RM13.353 juta berbanding 60.133 juta unit bernilai RM9.910 juta sebelumnya.
Barangan pengguna menyumbang sebanyak 34.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 157.219 juta, pembinaan 50.02 juta, perdagangan dan perkhidmatan 192.964 juta, teknologi 37.859 juta, infrastruktur 14.285 juta, kewangan 70.285 juta, hotel 6.33 juta, hartanah 73.825 juta, perladangan 29.993 juta, perlombongan tiada, REIT 1.379 juta dan dana tertutup 131,700. - Bernama
March 10, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com