March 1, 2010

Bursa diuji pada paras 1,300 mata

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Bursa saham tempatan perlu diuji semula pada paras 1,300 pada minggu-minggu akan datang untuk mengelakkan tarikan ke belakang yang lebih serius ketika pembetulan teknikal.

Ia mencatatkan ketinggian baharu tahun ini iaitu 1,308.36 pada 21 Januari.

Ketua penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, pada tempoh ini adalah tempoh biasa bagi pasaran terhenti sebelum memasuki fasa pengambilan untung.

“Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) sepatutnya dalam beberapa minggu ini mencecah tahap 1,330. Jika ia gagal berbuat demikian, tarikan ke belakang akan menjadi lebih serius,” katanya.

Pada awal minggu lalu, pasaran cergas selepas aktiviti pengambilan untung pada minggu sebelumnya. Pasaran bagaimanapun menyusut pada Selasa selepas satu lagi pusingan pengambilan untung.

Pada Rabu, pengumuman pertumbuhan ekonomi suku keempat yang lebih baik daripada jangkaan pada 4.5 peratus memberikan keyakinan kepada pelabur.

Indeks komposit utama ditutup tidak berubah pada 1,270.78 pada Khamis sungguhpun ia naik 13.11 mata berbanding Jumaat sebelumnya.

Bursa ditutup pada Jumaat untuk sambutan Maulidur Rasul.

Kedudukan tidak berubah FBM KLCI berikutan peningkatan terhad ketika ia mencecah 1,277.66.

Penganalisa tempatan menjangka pembetulan akan dibuat pada minggu kedua Mac.

“Kerajaan dijangka mengumumkan langkah peningkatan pasaran pada minggu pertama Mac. Pembetulan akan terjadi selepas itu,” katanya.

Beliau menjangka peningkatan Indeks Komposit akan kekal terhad dengan paras rintangan pada 1,280 dan paras sokongan pada 1,266.

Pada asas mingguan, Indeks Kewangan meningkat 130.01 mata kepada 11,131.95, Indeks Perladangan meningkat 40.53 mata kepada 6,317.64 dan Indeks Perusahaan menyusut 23.74 mata kepada 2,577.27.

Indeks FBM Emas naik 106.33 mata kepada 8,560.2, FBM Top 100 naik 98.55 mata kepada 8,327.57 dan Indeks FBM ACE meningkat 17.81 mata kepada 4,345.09.

Jumlah dagangan minggu lalu meningkat kepada 2.78 bilion saham bernilai RM4.98 bilion daripada 1.767 bilion saham bernilai RM3.175 bilion hujung minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama juga meningkat kepada 2.44 bilion saham bernilai RM4.92 bilion berbanding 1.475 bilion saham bernilai RM3.103 bilion sebelum ini.

Warrant melonjak kepada 130.59 juta unit bernilai RM18.83 juta daripada 94.302 juta unit bernilai RM13.626 juta sebelumnya.

Pasaran ACE bagaimanapun menyusut kepada 175.7 juta saham bernilai RM39.16 juta daripada 178.72 juta saham bernilai RM46.585 juta sebelumnya. – BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers