August 4, 2009

Tubuhkan operasi perkhidmatan - Mustapa

MELBOURNE 3 Ogos - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini menggesa perniagaan Australia menubuhkan operasi berasaskan perkhidmatan di Malaysia, mengambil kesempatan daripada liberalisasi 27 subsektor perkhidmatan baru-baru ini.

Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata, liberalisasi dilaksanakan dengan tujuan mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi dan menyediakan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Subsektor perkhidmatan yang diliberalisasikan termasuk kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan dan perkhidmatan berkaitan komputer, kata Mustapa.
"Objektif kami adalah untuk menjadikan sektor ini sebagai pemacu bagi pertumbuhan ekonomi yang akan menyumbang lebih 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang 2020," katanya dalam ucap tama pada seminar mengenai 'Peluang Pelaburan di Malaysia' yang diadakan di sini.

Seminar tersebut, sebahagian daripada misi perdagangan dan pelaburan dua hari yang bermula hari ini, dianjurkan oleh MITI, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Turut hadir ialah Ketua Pengarah MIDA, Datuk Jalilah Baba; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade (Penggalakan Perdagangan), Dr. Wong Lai Sum dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Salman Ahmad.

Mustapa berkata, peluang pelaburan lain di Malaysia termasuk dalam teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi, industri halal, kelengkapan mesin dan tenaga boleh diperbaharui.
"Kerajaan mengukuhkan usahanya untuk memperkenal dan membangunkan sektor perkhidmatan bersama dengan sektor pembuatan.

Bahagian pertumbuhan ini menawarkan peluang pelaburan besar bagi perniagaan Australia dan kami menawarkan kemudahan menarik bagi pelaburan," katanya.
Terdahulu, Mustapa berkata, jumlah perdagangan Malaysia dengan Australia naik 18.2 peratus kepada A$12.96 bilion (RM38.21 bilion) tahun lepas, dengan eksport berjumlah A$8.96 bilion (RM26.42 bilion) dan import pada A$4 bilion (RM11.80 bilion).

Produk eksport utama termasuk petroleum mentah dan ditapis, kelengkapan telekomunikasi, komputer, monitor, dan litar bersepadu televisyen dan elektrik manakala antara barangan import utama adalah bahan api galian dan minyak, tembaga dan aluminium, produk farmaseutikal, besi dan keluli, dan kelengkapan mesin.

Tahun lepas, Australia merupakan rakan dagang ke-11 terbesar, destinasi eksport kesembilan terbesar dan sumber import ke-11 terbesar Malaysia, kata Mustapa.
Malaysia, katanya, merupakan rakan dagang ketiga terbesar Australia di ASEAN dan rakan dagang asing ke-11 terbesar. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers