KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2009 berjaya melepasi sasaran rundingan sebanyak RM340 juta, bertambah 12 peratus berbanding unjuran asal berjumlah RM300 juta.
Ia merupakan hasil rundingan sejumlah 831 francaisi yang menyertai FIM 2009.
Pengerusinya, Datuk Dr. Adnan Alias berkata, sumbangan utama dalam rundingan tersebut ialah sektor makanan dan minuman (F&B) iaitu 48 peratus, diikuti peruncitan sebanyak 30 peratus serta bakinya dari sektor pelancongan dan pengembaraan, teknologi maklumat dan komunikasi, kecantikan dan kesihatan, pendidikan dan latihan dan perkhidmatan.
''Prestasi FIM 2009 memberi petunjuk positif. Pada keseluruhannya ia menggambarkan keyakinan usahawan dalam bidang francais dan ekonomi,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Adnan berkata, setakat ini tidak ada perniagaan francais yang ditutup ekoran krisis ekonomi.
Bagaimanapun, secara umumnya industri francais negara susut kira-kira 20 peratus khususnya dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan.
Namun, sektor makanan segera menyaksikan peningkatan dalam jualan.
Dalam kenyataan itu, FIM 2009 berkata, meskipun Mesir, Filipina dan China tidak menyertai FIM 2009 tahun ini akibat virus selesema babi (H1N1), pembabitan negara-negara luar lain masih kukuh sebanyak 34 peratus.
Negara-negara itu ialah Australia, Colombia, Perancis, Indonesia, Itali, Korea, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Malah, pameran tahun ini mencatatkan rekod penglibatan sebanyak 42 peratus francaisor baru daripada pelbagai sektor.
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com