HASIL percubaan dua tahun sistem bina kemudian jual (BKJ) rumah yang sepatutnya berakhir pertengahan tahun ini, menunjukkan yang sistem itu lebih sesuai dilaksanakan di kawasan bandar.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kawasan bandar mempunyai ramai penduduk, sekali gus mendorong permintaan rumah yang tinggi berbanding di luar bandar.
Namun, katanya, kerajaan masih mengkaji kesesuaian BKJ kerana ia membabitkan kepentingan tiga pihak iaitu pembeli, pemaju dan institusi kewangan yang menawarkan pinjaman perumahan.
“KBJ masih lagi dalam peringkat percubaan kerana banyak faktor yang perlu dinilai sebelum dilaksanakan. Namun, kementerian tetap komited mewu-judkan satu sistem jual beli rumah yang dapat membela ketiga-tiga pihak ini. Kita masih mendapatkan maklum balas pemaju dan pembeli mengenai keberkesanan sistem itu,” katanya di Puchong, semalam.
Pada April 2007, kerajaan mengumumkan inisiatif baru bagi merangsang pertumbuhan sektor hartanah tempatan, termasuk pelancaran konsep BKJ dengan menawarkan pelbagai insentif untuk menggalakkan pemaju beralih kepada konsep itu.
Ketika ini, dua konsep BKJ diperkenalkan iaitu BKJ Penuh dengan nisbah 0:100, yang mana pemaju menjual rumah hanya apabila unit rumah berkenaan siap sepenuhnya, termasuk pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Dengan konsep ini, pembeli tidak perlu membuat sebarang bayaran pendahuluan atau bayaran kemajuan berperingkat seperti diamalkan di bawah JKB.
Konsep kedua ialah BKJ Sebahagian (Partial Build Then Sell) mengikut nisbah 10:90 yang mana pemaju menjual unit rumah belum siap tetapi, hanya dibenar mengenakan pembeli bayaran 10 peratus tertentu daripada harga jualan.
August 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com