August 7, 2009

BHPetrol unjur jualan naik

BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menjangkakan peningkatan jualan sehingga 15 peratus tahun ini didorong oleh pengenalan petrol RON 95 keluarannya, Infiniti95 2X.

Pengarah Urusannya, Tan Kim Thiam berkata, syarikat menjangkakan kira-kira 90 peratus pengguna akan beralih kepada petrol RON 95 apabila semua pengusaha minyak menggantikan petrol RON 92 kepada RON 95 pada 1 September ini. Beliau berkata, Infiniti95 2X adalah petrol unik yang mempunyai bahan tambahan dua kali ganda pada kadar 800ppm yang mampu meningkatkan prestasi kenderaan.

“Menerusi bahan tambahan 800ppm yang dirumus khas sebuah syarikat kimia terkemuka Jerman itu, Infiniti95 2X berupaya menawarkan prestasi sangat berkuasa kerana ia dua kali ganda daripada tahap minimum bahan campuran yang dicadangkan pengeluar kenderaan,” katanya pada majlis pelancaran Infiniti95 2X di stesen BHPetrol Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe. Turut hadir, Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

BHPetrol adalah syarikat minyak ketiga di negara ini yang memperkenalkan petrol RON 95 selepas Petronas dan Shell, susulan langkah kerajaan memperkenalkan petrol itu bagi menggantikan petrol RON 95 pada 1 September ini. Petrol RON 95 yang dijual pada RM1.75 seliter adalah bahan bakar selamat dan sesuai digunakan hampir semua jenis kereta dengan menepati spesifikasi Euro 2 serta mesra alam sekitar.

Tan berkata, buat masa ini, Infiniti95 2X hanya boleh didapati di stesen BHPetrol di Sungai Kayu Ara dan pihaknya akan memastikan produk terbabit boleh didapati di semua 320 stesen BHPetrol di seluruh negara menjelang 1 September depan.

Beliau berkata, sejajar usaha kerajaan memberi pendedahan meluas mengenai penggunaan petrol RON 95, BHPetrol turut mengambil inisiatif mempromosikannya dengan mencetak sejuta risalah informasi mengenai petrol itu untuk diedarkan kepada pengguna supaya mereka dapat membuat pilihan petrol yang tepat.

“Kami juga akan menghiasi stesen minyak BHPetrol dengan wajah yang menarik untuk menarik perhatian pengguna mencuba Petrol RON95 serta bekerjasama dengan pihak media khususnya RTM dan Kumpulan Media Prima bagi mendapatkan liputan meluas untuk memberi informasi terkini mengenai RON 95,” katanya.

Mengenai penambahan jumlah stesen BHPetrol, Tan berkata, setiap tahun pihaknya akan membuka antara 10 hingga 12 stesen baru dan untuk tahun ini, enam stesen sudah dibuka. Katanya, setiap stesen baru BHPetrol membabitkan kos antara RM2 juta hingga RM10 juta setiap sebuah bergantung kepada lokasi dan saiz.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers