KUALA LUMPUR 6 Ogos - Perbelanjaan pengiklanan di Malaysia bagi separuh pertama tahun ini menyusut 0.5 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
ZenithOptimedia Worldwide, salah sebuah agensi perkhidmatan media berkata, majalah-majalah mencatat penurunan paling besar iaitu 11 peratus dan diikuti oleh pawagam 10 peratus serta akhbar lima peratus.
Bagaimanapun, media-media lain mencatat kadar pertumbuhan yang baik dengan perbelanjaan iklan di televisyen meningkat enam peratus, radio 10 peratus, Internet 12 peratus, iklan luaran 16 peratus dan iklan pada masa jualan (point-of-sale) naik tujuh peratus.
Lima sektor teratas dari aspek peningkatan peratusan ialah farmaseutikal (26 peratus), pengembaraan dan pelancongan (23 peratus), pendidikan (21 peratus), peruncitan (20 peratus) dan minuman bukan alkohol (20 peratus).
Sementara tiga sektor yang mencatatkan penurunan ketara ialah peralatan pejabat dan perniagaan (50 peratus), minuman alkohol (30 peratus) dan kewangan (23 peratus).
Ketua Pegawai Eksekutif Zenith Media Malaysia, Gerald Miranda berkata, perbelanjaan pengiklanan global dijangka kembali pulih dengan jangkaan peningkatan 1.6 peratus pada tahun 2010 dan 4.3 peratus pada tahun 2011 berbanding penguncupan yang diramalkan sebanyak 8.5 peratus pada tahun ini.
''Walaupun sebilangan pengiklan telah mengurangkan perbelanjaan pengiklanan tetapi ramai lagi yang tidak berbuat demikian," katanya.
Bahkan, menurut beliau, penyelidikan membuktikan syarikat-syarikat yang mengekalkan perbelanjaan pengiklanan dalam masa kegawatan akan muncul lebih kuat daripada mereka yang tidak berbuat demikian.
Selain peningkatan perbelanjaan apabila ekonomi dunia kembali pulih, pertumbuhan perbelanjaan pengiklanan pada tahun depan akan dijana oleh sukan Olimpik Musim Sejuk, Piala Dunia FIFA dan pemilihan pertengahan penggal di Amerika Syarikat.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com