KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang dijangka kekal pada negatif dua peratus tahun ini, bakal menyaksikan pemulihan kukuh pada 2010.
Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Deutsche Bank, Prof Dr Norbert Walter berkata, bank itu menjangka pertumbuhan Malaysia akan pulih semula dan kembali kepada paras tiga peratus tahun depan.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak dijangka mencapai pertumbuhan lima peratus kerana pelaburan yang goyah.
Beliau berkata, Malaysia harus menumpu untuk menambah baik persekitaran pelaburan kerana penguncupan besar KDNK dalam suku pertama tahun ini disebabkan terutamanya pelaburan yang lemah.
"Pelaburan jatuh 10-11 peratus tahun-ke-tahun sejak dua suku lalu yang menyeret turun pertumbuhan negara," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.
Walter berkata, pemacu utama pertumbuhan KDNK Malaysia tahun depan dijangka datang daripada sokongan negara-negara Asia, terutamanya China dan India.
"Asia mencatatkan prestasi baik. Jadi anda dapat sokongan bagi ekonomi anda sendiri dengan menjalin hubungan rapat dengan ekonomi-ekonomi yang agak kukuh seperti India, Indonesia dan China," katanya.
Walter, yang juga Pengarah Urusan Deutsche Bank Research menjangka Malaysia meningkatkan tahap tokokan nilai bagi menikmati pemulihan seterusnya sejajar dengan negara-negara maju.
Beliau berkata, meskipun negara-negara jiran tidak mempunyai tadbir urus yang baik dan prasarana berkualiti, mereka menjadi lebih menarik sekarang dan Malaysia akan ketinggalan jika ia tidak berganjak.
Walter berkata, Malaysia bertahan dengan baik semasa krisis-krisis kewangan Asia sebelum ini dan menambah beliau tidak terlalu bimbang dengan hala tuju negara.
Mengenai ekonomi global, Walter berkata, pertumbuhan dijangka turun tiga peratus tahun ini berikutan penurunan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam aktiviti sebenar dan kewangan.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan ekonomi global pulih pada 2011 dengan pertumbuhan 1.5 peratus disokong oleh kekukuhan pasaran baru muncul Asia. - BERNAMA
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com