KUALA LUMPUR 3 Ogos - Papan urus niaga tunggal yang mula diperkenalkan hari ini dilihat bakal memberikan kelebihan kepada pelabur kerana kemampuannya mewujudkan kos pembelian yang murah.
Ketua Pegawai Pelaburan ASM Services Sdn. Bhd., Rusli Abu Yamin berkata, struktur urus niaga yang baru ini menyebabkan penolakan jualan lebih cepat, tetapi pergerakan harga saham lebih perlahan.
''Bagaimanapun ia bagus, selain mematuhi piawaian antarabangsa, cara ini menguntungkan pembeli,'' katanya di sini hari ini.
Rusli menambah, kebanyakan pelabur masih belum dapat menyesuaikan keadaan.
''Dulu perbezaan harga lebih cepat sebab harga jualan ditambah dengan lima sen berbanding dua sen sekarang.
''Tetapi saya berpendapat ia tidak menjadi masalah apabila semua pihak dapat menyesuaikan keadaan semasa,'' tambahnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perubahan baru itu tidak menjejaskan kedudukan pasaran saham yang pergerakannya kekal bergantung kepada ekonomi semasa, pendapatan syarikat dan kecairan.
Rusli mengulas pelaksanaan papan urus niaga tunggal yang menggabungkan Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Malaysia dikenali sebagai Pasaran Utama yang bermula hari ini.
Sementara itu, Pasaran MESDAQ yang sebelum ini khusus kepada syarikat teknologi dan mempunyai pertumbuhan tinggi, distruktur menjadi pasaran alternatif untuk syarikat sedang berkembang bagi semua saiz dan sektor, kini dikenali sebagai Pasaran ACE.
ACE bermaksud Access (Akses), Certainty (Kepastian) dan Efficiency (Kecekapan).
Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew ketika dihubungi pula berkata, urus niaga Pasaran Utama menyebabkan para pelabur keliru pada awalnya tetapi perkara itu berjaya diatasi.
Menurut beliau, masalah itu berlaku terutama pelabur yang membuat urus niaga melalui Internet kerana tidak dapat memuat turun program tertentu.
Ditanya mengenai keseluruhan urus niaga hari ini, Teng Siew berkata: ''Semuanya berjalan dengan baik''.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd, Mohammed Rashdan Yusof dalam kenyataan yang dipetik oleh Bernama pula berkata, papan baru itu, terutama Pasaran ACE, akan membantu syarikat-syarikat baharu yang memasuki pasaran bagi mengakses modal.
"Sekurang-kurangnya beberapa syarikat Malaysia tidak tertarik untuk pergi ke pasaran lain seperti Singapura atau London. Ada yang sudah keluar dan disenarai di London," katanya.
Sebagai bank pelaburan, Mohammed Rashdan berharap lebih banyak aktiviti berlaku hasil penggabungan pasaran itu.
Beliau berkata, Pasaran ACE akan membolehkan syarikat 'lebih inovatif' dan 'berasaskan pengetahuan' mendapat akses ke pasaran.
"Saya mengharapkan lebih banyak aktiviti dalam bidang ini."
Berikutan perubahan itu, Indeks Papan Kedua FTSE Bursa Malaysia (FBM) kini ditamatkan manakala Indeks FBM MESDAQ dinamakan semula sebagai Indeks FBM ACE. Indeks FBM ACE menutup sesinya hari ini pada 4,266.96, meningkat sebanyak 8.25 mata meskipun prestasi asas pasaran Indeks Komposit FBM rendah yang ditutup 3.59 mata lebih rendah pada 1,171.31.
Sementara itu, jumlah dagangan di Pasaran Utama, mengendalikan 690.531 juta saham bernilai RM1.203 bilion.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan sebanyak 74.924 juta saham bernilai RM12.937 juta.
Berikutan struktur baru itu, pendekatan kawal aturan juga berubah yang meliputi penyenaraian
dan pengumpulan dana ekuiti.
August 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com