August 4, 2009

Malaysia destinasi baru IPO asing

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Malaysia diharap menjadi sebuah destinasi baru untuk tawaran awam permulaan (IPO) asing, sekali gus dapat menarik ramai pelabur asing melabur ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin (gambar) berkata, aktiviti Bursa Malaysia kembali melonjak berikutan keputusan kerajaan mengumumkan dasar liberalisasi baru yang diumumkan baru-baru ini.

Malah beliau amat yakin bank-bank pelaburan yang mengalami kejatuhan untuk membuat IPO sejak beberapa tahun lalu akan kembali melonjak berikutan keputusan liberalisasi dalam sektor perkhidmatan.

Katanya, beliau berharap dengan keputusan liberalisasi itu juga akan membantu Bursa Malaysia kembali aktif terutamanya untuk menarik lebih banyak IPO asing.
"Malaysia sepatutnya menjadi batu loncatan kepada syarikat asing terutamanya dari negara-negara Teluk untuk mempertimbangkan penyenaraian ke Bursa Malaysia terutamanya di dalam Dana Pelaburan Hartanah Islam (iREIT)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis makan tengah hari sempena Forum Asia 'Penerbit & Pelabur ' di IFN 2009 di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, keputusan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti mempercepatkan proses penyenaraian syarikat juga dapat membantu banyak IPO asing secara tidak langsung disenaraikan di Malaysia dan menjadikan bursa tempatan lebih berdaya saing.

Sebagai tambahan kepada kelulusan segera itu, faktor lain yang menarik ialah yuran penyenaraian dan pematuhan yang rendah berbanding bursa saham di negara lain.
Beliau menambah, Malaysia memiliki infrastruktur dan memiliki kepakaran seperti pelaksanaan yang membabitkan iREIT penjagaan kesihatan global pertama di dunia yang dikendalikan oleh Al-Aqar KPJ Reit, anak syarikat Johor Corporation Bhd.

Bagaimanapun, beliau berkata, di dalam keghairahan untuk membuat IPO, syarikat-syarikat yang terlibat perlu melaksanakan urus tadbir korporat yang kukuh sepanjang masa.
Ujarnya, perlindungan kepada pelabur minoriti perlu diambil kira agar tidak menjadi mangsa berikutan skandal atau melanggar etika-etika korporat.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers