INDEKS Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) terus melonjak untuk merekodkan paras tertinggi baru dalam tempoh 11 bulan minggu lalu meskipun wujud petunjuk teknikal bahawa pasaran sudah mengalami keadaan terlebih jualan.
Kenaikan tiga minggu berturut-turut itu didorong kenaikan berterusan pasaran saham utama serantau walaupun setelah pasaran saham China mengalami penyusutan lima peratus pertengahan minggu lalu. Pada asas mingguan, FBM KLCI meningkat 19.02 mata atau 1.65 peratus untuk ditutup pada 1,174.90 mata.
Penyumbang utama kenaikan indeks itu minggu lalu adalah kaunter BCHB yang menyumbang kenaikan 7.14 mata, diikuti Sime Darby (+4.48) dan PPB (+2.17), justeru secara keseluruhannya mewakili kenaikan mingguan 72 peratus. Purata dagangan dan nilai urus niaga harian juga meningkat kepada 1.092 bilion saham bernilai RM1.65 bilion, berbanding 1.021 bilion saham sehari bernilai RM1.585 bilion minggu sebelumnya.
Meskipun tanpa perkembangan positif dalam negara berlaku, namun penanda aras pasaran tempatan dijangka mampu meningkat untuk menguji paras halangan 1,188 mata minggu ini didorong perkembangan luaran sebelum mengalami tekanan jualan.
Langkah Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman, penanda aras kadar pinjaman pada dua peratus minggu lalu agak mengejutkan susulan kedudukan asas ekonomi yang bertambah baik, potensi peningkatan kadar inflasi susulan peningkatan kos pengangkutan yang mungkin berlaku pada bulan ini, kenaikan harga minyak pada bulan depan dan kemungkinan peningkatan tarif elektrik.
Pada nisbah harga pendapatan (PER) 16.2 kali ketika ini, pasaran tempatan kelihatan agak mahal berbanding pasaran saham serantau lain yang umumnya diniagakan pada nisbah purata 13 kali. Berdasarkan nisbah, pasaran Thailand, Korea dan Indonesia didagangkan pada penilaian lebih menarik antara 10 kali hingga 12 kali, justeru, meminimumkan prospek kemasukan dana asing.
Walaupun beberapa kaunter berkaitan indeks kelihatan mahal, namun beberapa kaunter berkaitan indeks lain seperti Tenaga, Tanjong, Plus, Astro dan Hong Leong Bank masih di bawah nilai dan berpotensi menyokong kenaikan seterusnya FBM KLCI.
Tenaga dan Tanjong kini diniagakan pada nisbah harga pendapatan lebih rendah berbanding syarikat seumpamanya pada peringkat serantau.
Tenaga akan menerima manfaat daripada pemulihan permintaan dan penurunan risiko kos bahan api serta persekitaran lebih mesra perniagaan, manakala Tanjong dijangka mencatat pendapatan berganda pada tahun kewangan semasa tanpa peruntukan pelupusan yang tinggi dan peningkatan prestasi anak syarikatnya berbanding tahun sebelumnya. Perkara ini berpotensi menarik minat asing.
Pegangan asing dalam Tenaga kini adalah sekitar 11 peratus iaitu separuh daripada kedudukannya satu ketika dulu, justeru memiliki ruang untuk terus meningkat. Khabar angin mengenai pemberian kontrak pembinaan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) dan landasan kapal terbang baru bernilai RM1 bilion pada September dan Oktober ini, bakal mencetus pembelian spekulatif ke atas syarikat pembinaan utama seperti Gamuda, IJM Corp dan WCT pada minggu ini.
Kemungkinan peningkatan harga syarikat berkenaan tidak akan memberi kesan kepada FBM KLCI tetapi kepada indeks FBM Mid 70 dan Top 100. Bagaimanapun, pada harga semasa, kaunter berkenaan masih belum tampak menarik.
Hari ini pelabur akan menyaksikan pelaksanaan Pasaran Utama iaitu penggabungan senaraian syarikat di Papan Utama dan Kedua serta Pasaran ACE yang sebelum ini dikenali sebagai Pasaran Mesdaq
August 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com