August 3, 2009

Operasi Pasaran Utama, ACE bermula hari ini

BERMULA hari ini Papan Kedua dan Papan Utama Bursa Malaysia digabungkan ke dalam dalam satu papan urus niaga tunggal dikenali Pasaran Utama, manakala Pasaran Mesdaq ditukar nama kepada Pasaran ACE.

Penggabungan dan penukaran nama itu susulan pelaksanaan kerangka penjanaan dana dan struktur baru papan urus niaga di Bursa Malaysia bertujuan menjadikan pasaran saham negara ini lebih menarik kepada pelabur antarabangsa, bagi tujuan pelaburan dan penyenaraian syarikat.

Ia juga disasarkan untuk menyokong peralihan ke arah pelaksanaan peraturan lebih berasaskan pasaran, sekali gus meningkatkan kecekapan pasaran tanpa menjejaskan perlindungan pelabur.
Di bawah struktur baru papan urus niaga Bursa Malaysia itu, Pasaran Utama akan mengumpulkan syarikat terkemuka yang lebih stabil dan mempunyai rekod prestasi cemerlang.

Pasaran ACE pula akan menjadi pasaran alternatif yang dikhususkan untuk syarikat sedang berkembang dari semua sektor dan saiz. Ini berbanding Pasaran Mesdaq sebelum ini yang hanya menyenaraikan syarikat teknologi dan pertumbuhan. ACE adalah akronim bagi ‘Access’ (Akses), ‘Certainty’ (Kepastian) dan ‘Efficiency’ (Kecekapan).

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Penyelidikan Midf Amanah Investment Bhd, Zulkifli Hamzah, berkata penggabungan Papan Utama dan Papan Kedua kepada Pasaran Utama itu akan mengatasi masalah penumpuan berlebihan khususnya di kalangan pelabur institusi antarabangsa ke atas saham di Papan Utama berbanding kaunter di Papan Kedua.

“Walaupun syarikat di Papan Kedua sebahagian besarnya memiliki rekod kewangan kukuh, namun ia agak terpinggir susulan penumpuan pelabur institusi kepada syarikat di Papan Utama. “Justeru, penyatuan papan dagangan ini memberi prospek lebih cerah kepada syarikat berdaya maju dan meningkatkan minat syarikat tempatan serta asing untuk disenaraikan di bursa tempatan,” katanya.

Menjelaskan langkah itu pula, Ketua Ahli Ekonomi Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, berkata struktur penyenaraian di Bursa Malaysia sebelum ini adalah Papan Utama yang menyenaraikan syarikat bermodal besar; Papan Kedua (syarikat bermodal sederhana) dan Pasaran Mesdaq (syarikat teknologi).

“Bermula esok (hari ini), syarikat Papan Utama dan Kedua disatukan menjadi Pasaran Utama yang dikhususkan bagi syarikat yang telah diiktiraf dari segi rekod keuntungan bersih, iaitu minimum RM20 juta dalam tempoh tiga hingga lima tahun dan keuntungan bersih minimum terkini RM6 juta, serta permodalan pasaran minimum RM500 juta,” katanya. Katanya, bagi Pasaran ACE pula, penyenaraian di pasaran itu dibuka kepada syarikat dalam semua sektor perniagaan tanpa mengenakan syarat rekod pendapatan, operasi dan keuntungan, manakala harga terbitan minimum 50 sen sesaham dihapuskan.

Setakat 21 Mei lalu, ada 626 syarikat disenaraikan di Papan Utama, Papan Kedua (218 syarikat) dan Pasaran Mesdaq (119 syarikat).

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers