August 3, 2009

Bumiputera tidak terburu-buru melabur

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Peluang yang terbuka secara berterusan untuk pelabur Bumiputera melabur dalam pelbagai unit amanah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyebabkan mereka tidak terburu-buru untuk merebut peluang yang ada.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, keadaan itu menyebabkan terdapat unit-unit dana amanah yang dilancarkan kemudian kurang mendapat sambutan.

''Berbanding kaum bukan bumiputera, peluang yang mereka dapat terhad dan sebab itu apabila ada peluang (langganan) mereka akan berbuat demikian dengan segera.
''Kaum Bumiputera (pula) boleh melabur bila-bila masa kerana banyak lagi unit amanah yang diperuntukan kepada mereka masih belum dijual,'' katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sambutan kaum Bumiputera yang agak perlahan dalam unit saham amanah berbanding kaum lain.
Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah berkata, kaum Bumiputera bukan tidak memahami pelaburan tetapi masih memerlukan masa untuk membuat persediaan ke arah itu.

Ini kerana, para pelabur Bumiputera hanya membuat pelaburan apabila mempunyai lebihan wang.
Bagaimanapun, katanya, dalam situasi ekonomi semasa, pelaburan Bumiputera dalam unit-unit amanah PNB meningkat sebanyak RM7 bilion.

Malah, pelaburan Bumiputera dalam unit Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Didik sentiasa meningkat setiap tahun.
Jelasnya, menyedari hakikat itu PNB menganjurkan pelbagai kempen pendidikan untuk memastikan kaum Bumiputera memahami dan kemudian membuat keputusan pelaburan.

''Sebagai firma pelaburan, kami menyediakan peluang dan akhirnya pelabur yang membuat keputusan. Kita tidak boleh memaksa,'' tambah beliau.
Ditanya mengapa PNB tidak menawarkan peruntukan Bumiputera yang tidak habis dilanggan kepada entiti lain seperti koperasi yang dikuasai kaum itu, Hamad Kama Piah berkata: ''Pelaburan unit amanah di PNB adalah untuk individu''.

Menurut beliau, tawaran unit amanah bukan boleh peruntukkan sesuka hati kerana setiap entiti juga mempunyai kategori pelaburan yang tersendiri.
''Setakat ini, tawaran kita adalah kepada individu,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Hamad Kama Piah turut menjelaskan PNB sentiasa menggunakan kadar simpanan di bank sebagai perbandingan tentang kelebihan unit amanahnya kerana pelaburan yang dibuat dengan firma itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

''Kita kena sedar bahawa unit amanah PNB berbeza kerana pelabur boleh keluar wang pada bila-bila masa.
''Kategorinya seperti simpanan, kriterianya juga seperti simpanan, jadi apalah salahnya kita bandingkan ia dengan instrumen yang sama,'' ujarnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers