KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kerajaan perlu melaksanakan ‘Ekonomi Hijau atau Mesra Alam’ sebagai batu loncatan bagi menangani pelbagai krisis yang melembapkan pertumbuhan untuk mencapai sasaran pembangunan.
Presiden Majlis Perniagaan untuk Pembangunan Berkekalan Malaysia (BCSDM), Datuk Saw Choo Boon berkata, pelaksanaan ekonomi mesra alam penting dijadikan sebagai garis panduan pada masa hadapan.
Menurut beliau, keperluan untuk beralih ke ekonomi sedemikian mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menjana pelaburan langsung asing (FDI) selain menangani pelbagai krisis semasa berkaitan makanan, minuman dan perubahan iklim.
“Saya rasa Malaysia perlu melaksanakan ekonomi hijau kerana kita sedang menuju ke era pengeluaran karbon (karbon dioksida) rendah, dan untuk berkembang pesat serta berdaya maju, kita perlu terlibat dalam ekonomi mesra alam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan meja bulat mengenai ekonomi mesra alam yang bertemakan Is the Green Economy Coming?, di sini hari ini.
August 6, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com