KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kurangnya permintaan komersial, dalam dagangan lewat, kata seorang peniaga.
Unit tempatan, yang dibuka lebih kukuh pagi ini, rendah pada penutup pada 3.4950/5000 berbanding dollar AS, berbanding penutup Khamis pada 3.4920/4970.
Beliau berkata walaupun unit tempatan kukuh hari ini, kekurangan permintaan komersial itu adalah selari dengan pasaran saham yang lemah.
Peniaga itu juga berkata aliran harga menurun itu hanya sementara memandangkan prospek untuk dollar dijangka berkurangan berikutan jangkaan pemulihan ekonomi global.
Dalam dagangan lewat hari ini, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4355/4414 berbanding 2.4365/4420 semalam dan mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.6735/6807 daripada 3.6917/6990 sebelumnya.
Ia mengukuh berbanding euro pada 5.0290/0372 berbanding 5.0320/0402 pada Selasa, namun rendah berbanding pound British pada 5.9366/9465 daripada 5.9273/9369 sebelumnya. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com