May 2, 2009

TNB rancang raih pinjaman ringgit

Biaya projek kabel dasar laut bernilai AS$2b

TENAGA Nasional Berhad (TNB) bercadang mendapatkan pinjaman dalam ringgit bagi membiayai projek kabel dasar laut bernilai AS$2 bilion yang akan menyalurkan elektrik dari empangan hidroelektrik Bakun di Sarawak ke Semenanjung.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata pinjaman itu akan dibuat secara berperingkat kerana pelaksanaan projek berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun.

"Justeru, kami tidak memerlukan kemudahan pinjaman itu dalam tempoh 12 bulan ini," katanya.

Che Khalib berkata, ketika ini, TNB, Kementerian Kewangan dan Sarawak Energy Bhd, agensi di bawah kerajaan negeri Sarawak, masih berunding mengenai struktur pemilikan dalam konsortium yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan projek kabel itu.

"Kami masih berunding, tetapi sudah tentunya kami tidak akan memiliki lebih daripada 50 peratus (pemilikan dalam konsortium berkenaan)," katanya.

Menurut penganalisis, bagi projek bernilai AS$2 bilion dan dengan andaian 80 peratus dibiayai menerusi pinjaman serta pemilikan ekuiti TNB sebanyak 30 peratus dalam konsortium itu, syarikat utiliti berkenaan akan memerlukan kira-kira AS$120 juta.

Che Khalib berkata, permintaan tenaga elektrik di Malaysia tumbuh pada kadar enam hingga tujuh peratus setahun sejak 1997, tetapi dijangkakan perlahan sedikit pada kadar tiga hingga empat peratus tahun ini berikutan krisis ekonomi global.

TNB turut menimbang mendapatkan kawasan baru bagi membina loji tenaga arang batu dengan kapasiti 300 megawatt di pantai timur Sabah.

"Kami sedang berunding dengan kerajaan negeri Sabah bagi penyediaan lokasi loji berkenaan," kata Che Khalib tanpa memberikan butiran terperinci mengenai kos projek tersebut.

Berbekalkan tunai sebanyak RM4 bilion, Che Khalib berkata, TNB kini bercadang menerokai peluang pelaburan di pasaran serantau dan Asia Barat, tetapi ketika ini tidak mengadakan sebarang rundingan aktif. –

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers