May 2, 2009

Saham mewah dorong Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 30 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh minat belian yang kukuh bagi saham-saham mewah seperti Sime Darby, Genting dan Tenaga Nasional, kata peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 2.41 peratus atau 23.28 mata ditutup hari ini pada 990.74. Ia dibuka 5.97 mata lebih tinggi pada 973.43 di sebelah pagi.

Menurut peniaga, bursa dibuka pada kedudukan kukuh apabila pelabur mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman.

"Yang menarik pasaran ialah data positif Bank Negara Malaysia mengenai ekonomi domestik pada separuh kedua tahun ini, serta prestasi kukuh di Wall Street," kata seorang peniaga.

Pada penutup, Indeks Kewangan menokok 117.32 mata kepada 7,539.03, Indeks Perladangan meningkat 141.44 mata kepada 4,981.84 manakala Indeks Perusahaan menambah 33.28 mata kepada 2,256.10.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 535 berbanding 131 manakala 202 kaunter tidak berubah, 395 tidak diniagakan manakala 60 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.639 bilion saham bernilai RM1.782 bilion berbanding 1.051 bilion saham bernilai RM931.534 juta semalam.

Mengetuai senarai saham paling aktif ialah KNM, yang menokok empat sen kepada 57.5 sen, Talam dan TA-Warant, masing-masing menokok setengah sen kepada 10 sen dan tiga sen, dan SAAG menambah satu sen kepada 26.5 sen.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 1.487 bilion saham bernilai RM1.745 bilion berbanding 913.783 juta saham bernilai RM889.223 juta semalam.

Jumlah dagangan di Papan Kedua bagaimanapun susut kepada 55.806 juta saham bernilai RM21.433 juta berbanding 72.092 juta saham bernilai RM32.334 juta sebelumnya.

Di Pasaran Mesdaq, jumlah dagangan meningkat kepada 59.859 juta saham bernilai RM8.471 juta berbanding 40.610 juta saham bernilai RM6.974 juta semalam.

Warant lebih tinggi pada 29.282 juta saham bernilai RM4.214 juta berbanding 23.078 juta saham bernilai RM2.517 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sejumlah 72.036 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 392.061 juta, pembinaan 90.250 juta, perniagaan/perkhidmatan 376.097 juta, teknologi 16.570 juta, infrastruktur 35.787 juta, kewangan 210.518 juta, hotel 4.652 juta, hartanah 257.311 juta, perladangan 29.482 juta, perlombongan 1,000, REIT 1.960 juta, dan dana tertutup 67,500. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers