HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam berikutan sentimen yang bertambah baik dengan minat kukuh dilihat terutama dalam saham berkaitan kewangan, kata peniaga. Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 15.09 mata atau 1.49 peratus untuk ditutup kepada 1,023.96, dirangsang daripada kenaikan, terutama dalam saham Maybank dan Bumiputra-Commerce. Indeks utama dibuka 0.22 mata lebih rendah kepada 1,008.65 pagi semalam. KLCI bergerak antara 1,001.79 dan 1,025.05.
Indeks Kewangan meningkat 239.73 mata untuk ditutup kepada 8,017.77, Indeks Perladangan naik 20.47 mata kepada 5,062.46 manakala Indeks Perusahaan menambah 9.38 mata kepada 2,281.11. Bagi siri FTSE-BM, FBMEmas menokok 127.70 mata kepada 6,811.43, FBM30 meningkat 109.51 mata kepada 6,554.92, FBM2BRD menambah 113.92 mata kepada 4,429.19 dan FBM-MDQ naik 153.22 mata kepada 3,697.78. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 666 berbanding 106 manakala 152 kaunter tidak berubah, 311 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.
Keseluruhan jumlah dagangan meningkat kepada 2.506 bilion saham bernilai RM2.064 bilion daripada 1.896 bilion saham bernilai RM1.805 bilion, kelmarin. Seorang peniaga berkata, kekukuhan sentimen semasa dirangsang oleh komen positif mengenai sistem kewangan negara oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Dr Zeti berkata, lebih 80 peratus daripada penduduk mempunyai akaun simpanan yang menyumbang kepada tabungan. Deposit sebagai peratusan keluaran dalam negara kasar adalah 180 peratus.
"Ini bermakna tabungan digerakkan termasuk daripada penyimpan kecil ke dalam sistem kewangan formal. Ini membolehkan tabungan disalurkan kepada aktiviti ekonomi yang produktif," kata Dr Zeti. Menerajui kaunter cergas di bursa saham semalam, KNM naik empat sen kepada 72.5 sen, SAAG Consolidated meningkat tiga sen kepada 30 sen, Mulpha International menokok 3.5 sen kepada 46 sen manakala Talam Corporation menambah setengah sen kepada 11 sen.
Bagi saham wajaran berat, Sime Darby naik lima sen kepada RM6.70, Maybank meningkat 34 sen kepada RM4.92, Tenaga menambah 10 sen kepada RM7.45 manakala Bumiputra-Commerce menokok 25 sen kepada RM8.70.
Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 2.202 bilion saham bernilai RM2.006 bilion daripada 1.728 bilion saham bernilai RM1.776 bilion, kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 103.286 juta saham bernilai RM28.394 juta berbanding 57.928 juta saham bernilai RM14.024 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 152.209 juta saham bernilai RM19.750 juta berbanding 62.524 juta saham bernilai RM83.944 juta, kelmarin. Waran turun kepada 41.080 juta bernilai RM7.439 juta berbanding 44.670 juta bernilai RM6.336 juta sebelumnya.
Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 97.716 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 444.118 juta, pembinaan 201.028 juta, perdagangan/perkhidmatan 710.255 juta, teknologi 37.414 juta, prasarana 60.186 juta, kewangan 203.231 juta, hotel 20.930 juta, hartanah 364.532 juta, perladangan 61.271 juta, perlombongan 5,000, REITs 1.600 juta dan dana tertutup 176,000. - Bernama
May 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com