May 7, 2009

Pakej rangsangan tidak membantu - ACCIM

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kaji selidik Persatuan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mendapati pengurangan kadar cukai korporat dan tarif elektrik boleh membantu industri kecil dan sederhana (IKS) berdepan dengan krisis ekonomi semasa.

Presidennya, Tan Sri William Cheng berkata, kebanyakan IKS berpendapat kedua-dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan pada November 2008 dan Mac lalu tidak menyediakan bantuan segera kepada mereka untuk menghadapi krisis itu.

"Berdasarkan kaji selidik, sebanyak 81 peratus responden berpendapat program bantuan daripada pakej rangsangan ekonomi kedua tidak memberi faedah kepada mereka.
"Selain itu, mereka (IKS) berpandangan bahawa krisis ekonomi semasa memberi kesan yang lebih besar berbanding krisis kewangan Asia pada tahun 1997," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan laporan kaji selidik ACCCIM mengenai impak kegawatan ekonomi terhadap operasi dan pembiayaan IKS serta keperluan industri pada masa ini.

Kaji selidik itu mendedahkan pemahaman IKS terhadap program bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan sama ada mendapat manfaat daripada program-program tersebut.
Kaji selidik yang dijalankan selama sebulan dari 25 Mac hingga 25 April lalu meliputi seramai 1,231 responden iaitu 61.55 peratus daripada 2,000 borang soal selidik diedarkan.

Menurut Cheng, seramai 74 peratus responden menyeru supaya kerajaan mengurangkan cukai korporat manakala 63 peratus responden berharap tarif elektrik dapat kembali pada kadar sebelum kenaikan sebanyak 26 peratus pada Jun tahun lalu.

Katanya, IKS berharap kerajaan dapat mengurangkan cukai korporat antara satu hingga dua peratus setiap tahun sekira mereka mampu berbuat demikian.

"Jika mereka tidak mampu, maka kami berharap mereka boleh menimbang untuk menurunkan cukai korporat kepada 17 peratus daripada paras semasa 20 peratus untuk membolehkan syarikat meraih keuntungan pertama sebanyak RM500,000 buat sementara waktu dalam tempoh dua tahun ini," ujarnya.

"IKS dapat menggunakan simpanan itu sebagai modal kerja." ujarnya.
Berdasarkan kaji selidik itu, sebanyak 39 peratus responden telah menilai semula rancangan perniagaan, 29 peratus pula mengurangkan kos pengeluaran manakala 27 peratus akan meneroka pasaran baru berdepan dengan cabaran ekonomi semasa.

"Daripada jumlah itu, hanya tujuh peratus bertindak untuk memberhentikan pekerja bagi menangani krisis ekonomi," katanya.

Cheng bagaimanapun berkata, satu pertiga daripada responden terutamanya daripada sektor pembangunan hartanah dan logistik tidak mengambil sebarang langkah ketika krisis ekonomi.
Berikutan kelembapan ekonomi, katanya, sebanyak 76 responden menyatakan mereka menghadapi masalah bayaran tertunggak daripada pelanggan sejak September tahun lalu.

"Oleh itu, IKS berpendapat pinjaman dan kemudahan yang disediakan oleh bank adalah sumber utama pembiayaan bagi membolehkan perniagaan menyelesaikan masalah kecairan," ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata, ACCCIM akan mengemukakan laporan kaji selidik yang dijalankan ke atas IKS kepada pihak berkuasa yang berkaitan dalam minggu ini.

"Kami akan menghantar kaji selidik itu kepada pihak yang terbabit termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI).

"Kami juga akan membincang dengan BNM tentang cara mempromosikan pelbagai kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk IKS seperti Skim Jaminan Bantuan IKS yang diumumkan oleh BNM pada 23 Januari lalu," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers