May 7, 2009

Bank Negara kekalkan Kadar Dasar Semalaman

BANK Negara Malaysia membayangkan ia tidak akan mengubah kadar faedah dalam jangka terdekat ini kerana yakin kadarnya ketika ini masih bersesuaian dengan persekitaran ekonomi negara. Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kini pada paras 2.0 peratus masih kondusif dalam mewujudkan persekitaran kewangan yang menyokong pertumbuhan.

“Kami akan mengkaji (OPR) pada setiap mesyuarat (Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara) yang bergantung kepada keadaan semasa. Bagaimanapun, buat masa ini, tiada perubahan perlu dilakukan,” katanya kepada media selepas perasmian Forum Serantau Asia mengenai Dasar dan Pengawalseliaan Akses Perkhidmatan Kewangan di Kuala Lumpur, semalam.

Jawatankuasa itu pada mesyuaratnya Rabu minggu lalu memutuskan mengekalkan kadar faedah tempatan sambil menegaskan ekonomi negara dijangkakan kembali pulih pada separuh kedua tahun ini selepas mengalami kelembapan pada separuh pertama.

Sementara itu, Zeti berkata, lesen bagi penubuhan bank Islam dan komersial baru yang ditawarkan menerusi langkah liberalisasi sektor kewangan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menarik minat ramai pihak.

“Ada banyak pertanyaan dalam semua bidang diumumkan di bawah liberalisasi itu, seperti lesen baru dan peningkatan kepentingan asing dalam institusi kewangan domestik dan sebilangan institusi terbabit mengadakan perbincangan awal,” katanya.

Minggu lalu, Najib mengumumkan langkah liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan negara.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers